2007/11/29

...And I Don’t Know Why

7th grade
I stared at the girl next to me. She was my so called "best friend". I stared at her long, silky hair, and wished she was mine. But she didn’t notice me like that, I knew it. After class she walked up to me and asked me for the notes she had missed the day before and handed them to her. She said "thanks" and gave me a kiss on the cheek. I wanna tell her, I want her to know that I don’t wanna be just friends, I love her but I’m just too shy, and I don’t know why...

11th Grade
The phone rang. on the other end it was her. She was in tears, mumbling on and on about how her love had broke her heart. She asked me to come over because she didn't want to be alone, so I did. As I sat next to her on the sofa, I stared at her soft eyes, wishing she was mine. After 2 hours, a Drew Barrymore movie, & 3 bags of chips, she decided to go to sleep. She looked at me, said "thanks" and gave me a kiss on the cheek. I wanna tell her, I want her to know that I don’t wanna be just friends, I love her but I'm just too shy, and I don't know why…

Senior Year
The day before prom she walked to my locker. "My date is Sick" she said; he’s not qonna go well I didn’t have a date and in 7th grade we made a promise that if neither of us had dates we would go together just as "best friends". So we did. Prom night After everything was over I was standing at her front door step. I stared at her, She smiled at me I want her to be mine, but she doesn’t think of me like that and I know it. Then she said "I Had the best time, thanks!" and gave me a kiss on the cheek. I wanna tell her, I want her to know that I don’t want to be just friends, I love her but I’m just too shy, and I don’t know why…

Graduation Day
A day passed, then a week, then a month. Before I could blink, it was graduation day. I watched as her perfect body looted like an angel up on stage to get her diploma. I wanted her to be mine, but she didn’t notice me like that, and I knew it. Before everyone went home, she came to me in her smock and hat, and cried as I hugged her. Then she lifted her head from my shoulder and said, you’re my best friend, thanks!" and gave me a kiss on the Cheek. I wanna tell her, I want her to know that don’t wanna be just friends, I love her but I’m just too shy, and I don’t know why…

A Few Years Later
Now I sit in the pews of the church. That girl is getting married now. I watched her say "I do" and drive off to her new I wanted her to be mine, but she didn’t see me like that and I knew it. But before she Drove away, she came to me n said you came!" She said. "Thanks!" and kissed me on the cheek. I wanna tell her, I want her to know that I don’t wanna be just friends, I love her but I’m just too shy, and i don’t know why…

Years passed, I looked down at the coffin of a girl who used to be my "best friend". At the service they read a diary entry she had wrote in her high school years. This is what it read: I stare at him wishing he was mine, but he doesn’t notice me like that, and I know it. I wanna tell him, I want himto know that I don`t wanna be just friends, I love him but I'm just too shy, and I don’t know why. I wish he would tell me he loved me... I wish I did too. I thought to myself, and I cried.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah ini Aq amik dari Bulletin Friendster daripada
Nor Malindawati. Kisah ini lebih kurang movie Cinta Pertama lakonan Bunga Citra Lestari. "Tidak ada pertemuaan yg abadi" Sunny 00' dan "Seperti pertemuan perpisahan pun gak ada yang abadi..." Alia 00' antara quote yang terdapat Cinta Pertama.

"Manusia memiliki mimpi, ada mengejar dan mewujudkannya, ada yang mundur dan membuangnya, ada yang diam dan menyimpannya sisa hidupanya, dan aku menjadi manusia yang terakhir itu..." ini pula tulisan terakhir di dalam diari Alia.

p/s: masa itu singkat, tetapi kehidupan itu panjang, kita tidak akan terlambat untuk sesuatu yang berharga untuk ditunggu.

2007/11/28

Dine At Garden Café

image from: GameStar
Hitman or The Kingdom? Kita orang dalam kebingungan untuk memilih movie yang bakal ditonton, akhirnya kita orang memilih Hitman untuk dilayan. Jalan cerita menarik dengan beberapa scene di tapis oleh Lembaga Penapisan Filem Negara. Hitman diadaptasikan daripada series game yang popular Hitman keluaran Edios. Mengisahkan Agen 47 menjadi mangsa keadaan dan ingin melindungi Nika yang mengetahui siapa indentiti Presiden Rusia sebenar. Secara keseluruhan movie berbintang 4/5.

Setelah habis melayan movie hendak terus makan malam di Garden Café. Tetapi singgah dahulu, di kedai kasut. Teringat ulasan Muin dalam entrinya bertajuk "Pompuan dan Sepatu..". Ha ha ha. Lalu Aq shoot ketika Sya tengah drive test kasut dia ingin beli. Malang tiada size yang sesuai, mungkin Sya tidak dapat tidur malam ini. Ha ha ha.
Perspektif daripada cermin. Dunia cermin. Pandangan daripada kasut Aq terhadap kasut wanita di sini. Shoot before dine. Semua dah bersedia untuk makan chop masing-masing. Yum! Yum ! Yum! Dari kiri Sya dan Nazriah. Peace!!!
Course set. Grilled Lamb Chop. Grab sebab diskaun sehingga hujung bulan ini sahaja. Rugi kalau tidak grab peluang-peluang diskaun macam ini. Yum! Yum! Yum!
Geweng dan Fa setelah selesai menglahap chop masing-masing. Masa makan semua orang senyap kerana layan chop masing-masing. Kira kita orang skillfull dalam memotong chop kerana tiada ikan yang hidup dan pisau yang berlari. He he he
Chat sebentar selepas selesai makan. Garden Café antara tempat yang chill untuk korang lepak dan makan di JB. Mungkin konsep gardening yang diamalkan di Garden Café ini. Rasa macam duduk di halaman rumah sahaja. Dari kiri Sya, Nazriah dan Min.

2007/11/27

Being Responsible, Being Reasonable

Hari ini Aq belajar apa itu "responsible" dan "reasonable". Aq belajar word responsible apabila Aq mengikuti collogue Aq beri talk di dalam seminar alam sekitar yang bertajuk "Save The Enviroment - Everybody Responsible It" di Pasir Gudang. Dan semasa menonton Spa Q;

Si Adik: Kesian Diana tu. Dia kena kena repeat paper dan kena ulang semester.
Si Abang: ???
Si Adik: Tulah Abang, tidak bertangungjawab !!!
Aq, Geweng, dan Kucai terus fokus kepada scene itu sambil mengabaikan Fa yang cuba menyampaikan sesuatu.

Word reasonable Aq belajar masa Aq baca Whatever You Think, Think The Opposite
"The reasonable man adapts himself to the world. The unreasonable man adapts the world to himself. All progres depends upon the unreasonable man"
George Bernard Shaw

p/s: baru-baru tadi Aq kena tanya macam-macam, macam kena tanya dengan polis pencen, buat angin masuk kepala. (11.53 pm)

2007/11/26

Propaganda Beruang

Sebentar tadi di dalam alam maya.
abeming_sc: apa yg propaganda beruang zid?
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Propaganda Beruang dinamakan sempena dua collogue Aq tengah sibuk berYM membincangkan sesuatu dan menggunakan image keluarga beruang, seorang menggunakan beruang koala dan seorang lagi menggunakan beruang panda. Lalu Aq menamakan peristiwa itu Proganda Beruang. Bagi menyokong tindakan mereka Aq tukar image Aq kepada image beruang blackarunt.
Ini kisah bagaimana propaganda beruang wujud;
fiy_ajit: kenapa semua gambar panda
fiy_ajit: poganda (propaganda) panda eh
al: akak koala bear bukan panda
fiy_ajit: mcm saya cari gambar bear juga lah
fiy_ajit: H (bukan nama sebenar) panda bear
al: tu gambar betik ke bear?
fiy_ajit: gambar bear
al: ye ke
al: nampak cam kucing
fiy_ajit: balckarunt bear
al: nak geng ngan bear kitaorang la tu.
al: tak nak la kawan
al: tak comel
al: itam
fiy_ajit: tu kan itam tapi warna biru'
al: srupa la tu
al: gelap
al: kang jadi kekasih gelap koala bear akak plak
fiy_ajit: biru balckarunt
p/s: jawapan untuk kenapa tangan merah-merah, lagi? ialah histamine tidak terkawal setelah kena miang tumbuhan.

2007/11/25

Kucai Cousin's Wedding

Sekitar resepsi sepupu Kucai di Parit Ibrahim, Jam 1.00 pm hingga 3.00 pm.

Geweng bersama peminat setelah meyumbang sebuah lagu di majlis resepsi sepupu Kucai. Dalam gambar dari kiri; Geweng, Mak Kucai, cuz Kucai yang cute, entah siapa yang penting cute juga.
Geweng menyumbangkan lagu ketika bosan menunggu pengantin lelaki tiba. Nyanyian Geweng telah berjaya menghiburkan para tetamu. Tarik, Geweng, Tarik.
Kehadiran pengantin lelaki setelah sekian lama menunggu. Jam 2.30 pm baru pengantin lelaki tiba.
Adat di Johor, pengantin lelaki perlu membayar tol sebelum dapat bersanding dengan pengantin perempuan. Sebenarnya Aq fokus dekat chickas yang jadi tol gate gurl tu. He he he.
Dua mempelai selamat bersanding. Taniah. Abang Kucai ko bila lagi? He he he.
Sebelum resepsi sepupu Kucai di Parit Ibrahim.
Empbhone bagi Aq lagu The Next Pendirian - Dato' Siti Nurhaliza feat. Snoop Dogg. Sekarang, lagu ini sering diputarkan di dalam Window Media Player, TravelMate 250 Aq. Pengaruh Dato' Siti semakin kuat sehingga boleh featuring dengan Snoop Dogg. Lepas ini Siti boleh hisap bal sama-sama dengan Snoop Dogg. Best collabration Siti Nurhaliza with Master D.O. Double G, Snoop Dogg. Ha ha ha.

p/s: Bukan Aq hendak berkira, tetapi kita perlu tegakan hak dan pendirian kita.

2007/11/24

Subconscious Mind

Reveal your subconscious mind?
Tested by Tickle

2007/11/23

Kenapa Tangan Merah-Merah, Lagi?

Kenapa Tangan Merah-Merah, Lagi?
  1. Pengeluaran histamine tidak terkawal.
  2. Kena gigit nyamuk sampai bintat-bintat.
  3. Kena pegang dengan mahluk lain.
  4. Kena gigit dengan kucing.
  5. Menebas serai wangi.
  6. Pegang tangan awek sampai rasa malu.

Mana jawapan anda pilih.

2007/11/22

M.I.S.S.I.N.G

Peristiwa Baru-Baru Tadi
Baru-baru tadi Aq sedar bahawa selipar pemberian kawan tertukar dengan selipar orang lain. Aq sedar apabila hendak pergi Ayub untuk menemani Fa makan roti canai di sana. Aq sedar ketika di halaman Teratak 42. Hati mula hiba lalu Aq memberi cadangan yang tidak maksud akal kepada Fa supaya cepat ke tempat yang kami lepak sebelum ini. Fa merempit dengan laju, hati Aq masih hiba. Sampai di tempat yang disyaki tertukar selipar tiada apa yang tinggal hanya sekeping lantai kosong. Hiba dan meneruskan pencarian di Ayub. Akhirnya Aq menjumpai selipar itu. Aq hiba dan gembira.

Peristiwa Sebelum Baru-Baru Tadi
Ini tempat kejadian dimana selipar pemberian kawan aq tertukar. Selipar-selipar ini mewakili bilangan orang didalam studio jamming ini. Band-band UTM membuat small gig di studio ini. Aq datang dengan Fa dan Geweng, vox Lorong Ter-Babas. Crowd memang ramai dan supportive. Enjoy.
Band Ageist membuat persembahan ketika Aq masuk kedalam. Rupanya ini adalah persembahan band ke-2. Crowd tengah enjoy dan melayan.
Band Lorong Ter-Babas. Lagu cover mendapat sambut hangat daripada crowd sehingga Panjang terpaksa menyimpan spek matanya dan mengalir air mata.
Crowd yang supportive tengah menyanyi bersama dengan vox Lorong Ter-Babas yang sedang mendendangkan lagu Gadis Misteri - Search.
Kalu ikutan Aq sudah hendak balik, tapi Aq naik balik setelah band Loser membawa lagu Kucing Hitam - Bittersweet. Aq layan lagu ini.
"Kucing hitam..Kau berlari kearahku. Ku tak risau..Kemanakah tujuanmu..Hati hitam…Sehitam ibu hempedu..Jiwa kacau..Bagai siang terganggu…"
Bittersweet


Peristiwa Selepas Baru-Baru Tadi

Aq bermimpi pelbagai peristiwa yang pernah Aq lalui bagaikan kitaran hidup Aq. Kemudian Aq seperti mendapat amaran bahawa ada bahaya / "benda" di belakang Aq. Aq takut toleh lalu Aq menjerit akan suara Aq ke dalam. Aq dapat rasakan tangan dipegang. Lalu terjaga melarikan diri ke bilik Geweng dan kemudian tidur di bilik Fa.

2007/11/21

Sayang Selasih Chicken Rice

image from: sinar.fm
"Bang, makan mana-mana lah" Aq meminta cadangan Pemandu makan tengahhari di mana setelah menghantar sampel di Johor Jaya. " Mana-mana?, Makan Nasi Ayam Taman Kemas?". Lalu Aq dibawa untuk makan di Taman Kemas. Gerai Sayang Selasih dekat dengan Gerai Bapa Linda Onn sedikit infomasi yang diberitau kepada Aq. Aq lihat gerai ini dipenuhi lelaki, kalau ada perempuan itu pun di bawa oleh lelaki. Macam tidak group perempuan yang pergi lepak di Gerai Sayang Selasih, Taman Kemas, Tampoi. Kenapa?. Berbalik kepada makanan di sini ada Nasi Campur dan hidangan istimewa adalah Nasi Ayam Sambal. Aq order Nasi Ayam Sambal kurang pedas, memang best sambal dia. Sedap terasa hendak makan lagi. Sampai Pemandu Aq cakap "Jangan tiap-tiap tengah hari makan kat sini sudah" Bertambah sedap apabila pelayan gerai adalah chikas yang sexy patutlah ramai lelaki lepak. Ha ha ha. So ini adalah tempat makan yang Aq syorkan untuk makan kerana sambal Nasi Ayam Sambal di Gerai Sayang Selasih best hingga terangkat abesh.

2007/11/20

Tidak Gundah Lagi

Semua orang tidak gundah lagi. Sekarang komputer siapa yang ada browser Firefox Mozilla boleh akses internet di office. Semua kembali tersenyum dan tidak gundah lagi. Selagi pihak admin tidak tahu mereka tidak gundah lagi. Mereka boleh baca Bebelan Anak Tukang Jahit semula dan tidak gundah lagi.

2007/11/19

Sometimes, We Need To Change

Masa layan Dunia Baru season ke-3, teringat Aq akan peristiwa yang berlaku sepanjang Aq study kat UMS dulu. Masa itulah "dunia baru" bagi Aq, mana tidaknya jauh daripada ibubapa dan rakan sedia ada. Di sini semua orang ingin dan bermimpikan menjumpai dengan soulmate yang sejati dan setia. Di sini kami lebih mementingkan nilai persahabatan, tidak kira jantina dan bangsa. Memang macam-macam aktiviti, peraturan dan prinsip diwujudkan demi menjaga hubungan semasa rakan-rakan sebaya. Dunia Baru season ke-3, pada eposide lebih cenderong sikap childish Opie dan tidak suka perubahan. Di mana Opie merasakan kasih Ibunya berkurung setelah kehadiran Suzana, merasakan Adif melarikan diri Opie setelah couple dengan Erika, merasakan Madiah dan Aznizah mangkin menjauhi Opie. Opie merasakan satu beban apabila dia berada di dalam suatu kancah perubahan. Akan tetapi ini hanyalah perasan Opie.

Dulu masa Aq di sana, perkara seperti Opie alami pernah berlaku juga. Aq kadang-kala rasa tidak suka perubahan, kadang-kala malas hendak bermula kehidupan baru di tempat baru bagi Aq selesa dengan keadaan Aq masa study dulu. Memang seronok masa study macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan, mungkin kerana bebas tidak memerlukan fokus yang tinggi terhadap satu tugas. Setelah Aq berfikir sejenak, masa study "Study, makan, tidur", masa kerja "Kerja, kerja, kerja, makan dan tidur". Sekarang ini Aq seperti memaksa keadaan sama seperti dulu. Sorry la kalau Aq bersikap kebudak-budakan pada hujung minggu yang lepas.
Memoirs masa Year 1
Memoirs masa Year 2
Memoirs masa Year 3

Ini antara kenangan yang Aq simpan dalam cakera untuk dimainkan selalu. So banyak juga gambar nak upload di Bebelan Anak Tukang Jahit, setelah difikirkan masak-masak lebih baik Aq simpan di cakera keras Aq sahaja. Kepada rakan-rakan, Aq merindui kamu setelah 8 bulan merantau di JB.

p/s: Untuk menghadapi perubahan kita perlu menerima dengan hati terbuka supaya kita selesa akan perubahan itu dan perubahan adalah satu kitaran hidup "Sometimes, we need to change".

2007/11/17

A Frozen Second

"Once upon a time, I wanted to know what love was. Love is there if you want it to be. You just have to see that it's wrapped in beauty and hidden away in between the seconds of your life. If you don't stop for a minute, you might miss it."
Ben Willis
Pagi tadi sempat Aq menonton sebuah filem bertajuk Cashback apabila Aq terjaga awal waktu dalam pukul 4 pagi. Mengisahkan seorang pelajar jurusan lukisan, Ben yang baru putus hubungan dengan kekasihnya, Suzy. Akibat terlalu memikirkan kehidupannya menyebabkan dia menghidap penyakit isomania. Di sebabkan peyakit isomania, Ben berkerja di sebuah supermarket untuk menghilang rasa bosan, apabila Ben mula berkerja disana Ben mula mengenali pelbagai ragam manusia melalui pemerhatian dia selama 8 jam berkerja.
Screen shot Cashback menunjuk beberapa wanita menjadi subjek kepada lukisan Ben. Kerana kebosanan, Ben mula merasa dia mampu membehentikan masa, ketika ini dia menghargai kesemua kecantikan wanita dengan mengabadikan di dalam hasil lukisannya. Di masa juga Ben mula jatuh cinta kepada colleaguenya, Sharon. Ben daripada kecil lagi sudah obses terhadap kecantikan wanita apabila daripada usia kecil dia sudah didedah dengan kecantikan wanita.
Screen shot menunjuk Sharon menjadi subjek favourite Ben. Sharon mula meminati Ben, lalu mengajak Ben sebagai date di birthday party Boss mereka. Di masa yang sama Suzy turut ada di dalam senarai jemputan birthday party Boss mereka dan masih menaruh cinta Ben. Kerana salah faham yang kecil Sharon meningalkan Ben keseorangan di birthday party Boss mereka. Ben menghentikan masa ingin menerangkan kejadian sebenar, apa yang Sharon lihat adalah 2 saat yang salah di mana saat ketika Suzy menciumi Ben dan tidak melihat kejadian sebelum, perkara ini membuat Ben rasa meyesal. Dan Ben berkata "You can frezee the time but you can rewind it". Lebih kurang bunyi macam itulah Aq dah beberap ingat.
Hendak tahu kesudahnya... Kalau malas hendak layan filem Cashback, sila perhatikan screen shot ini sahaja untuk mencari jawapannya. Bagi Aq cerita amat sesuai kepada pasangan sedang hangat bercinta, ketika, sedang atau baru sahaja break-up, sedang rebound dan obses terhadap kecantikan wanita.

p/s: "tinggi harapanku buatmu, tak ku sangka ia hanya setengah jalan, jika memang memori kita di simpan dalam cakera, kan ku mainkan sampai bila-bila" - Hujan

2007/11/16

How Rare Is Your Personality?

Your Personality is Very Rare (ENTJ)


Your personality type is energetic, romantic, optimistic, and brave.

Only about 4% of all people have your personality, including 3% of all women and 5% of all men
You are Extroverted, Intuitive, Thinking, and Judging.


p/s: Yeah! I'm rare. Ha ha ha.

2007/11/15

Gundah

Semua orang gundah apabila internet di office tidak lagi boleh diakses secara bebas. Hanya dua buah komputer yang boleh akses internet secara bebas. Shelake

2007/11/14

A Fresh Breezy

Hujan lebat turun lagi. Malas betul hendak mencelikkan mata. Aq gagahkan diri untuk bangun kerana Aq diarahkan secara at-hoc unutk menemani CEO pergi side di sekitar Kota Tinggi. Aq bergerak secara bersaingan seperti biasa Aq akan menaiki tempat untuk tidur (X-Trail) dan mengambil jalan yang berbeza. Kami tersekat di PLUS Highway ke arah Pasir Gudang selama satu jam akibat daripada kemalangan yang mebabitkan 5 buah kederaan. Habis remuk kelima-lima buah kederaan tersebut.

Ini gambar tempat kejadian, Aq tidak sempat untuk mengambil gambar dengan pantas hanya sempat mengambil gambar tow-truck sahaja. Kiranya bukti Aq berada dan tersekat dengan masalah lalu lintas akibat kemalangan berlaku di kala hujan lebat. Moral of story jangan bawa kederaan laju-laju semasa hujan lebat nanti anda terbabas.

Semasa Aq tersekat di PLUS, Aq mendapat arahan at-hoc lagi supaya Aq pergi satu side di Tanjung Sedili Kecil. Aduh!. Akhirnya kegembiraan wujud apabila mengetahui side itu berhampiran dengan pantai dan laut. Wah! tiba-tiba sahaja Aq menjadi hype dengan bauan laut membuat Aq stim macam kena bal. Ha ha ha Aq semakin khayal...

Selepas selesai tugas singgah kejap dekat satu tempat yang Aq rasa sesuai untuk adakan Full Moon Party, Beach Party and BBQ Party. Rasa hendak terus melompat ke dalam laut itu. Aduh! Kenapa masa itu pemandu tidak provoke Aq pergi terjun laut itu. Kalau ikut jiwa muda Aq sudah lama Aq terjun. Lalu Aq bermain dengan gigi air sahaja untuk menghilangkan rasa rindu Aq terhadap laut.

Ombak jahat! Ombak jahat! Ombak besar, ialah sekarangkan musim hujan lebat. Lama juga Aq melepak, kira konsider waktu rehatlah tu. Syok sangat, hati Aq masih dilanda rasa hype!!! Ikut perhitungan sudah hampir setahun Aq tidak pergi ke laut dan pantai. Last seingat Aq berparty di tepi pantai di Penang.

Akhirnya Aq terpaksa pulang untuk meneruskan tugas yang kian mengunung dan menanti kepulangan Aq. Aq tidak mampu untuk mengahpuskan jejak kasut di gigi air. Maka Aq tinggalkan tapak kasut untuk sebuah kenangan di sekitar pantai Tanjung Sedili Kecil.

2007/11/13

What's Behind Your Emontional?


Tested by Tickle

What's Behind Your Emontional? Dependability. Baru masuk office satu jam, hujan turun dengan lebatnya menyebabkan mata mula berat ditambah tidur lewat semalam. Hari mood untuk kerja tiada ini kerana faktor sepanjang hari hujan turun dengan lebat. Di kotak fikiran hanya ingin melelapkan mata sahaja. Begitu juga Rakan Satu Universiti turut tidak melakukan tugas dengan baik dan merasakan bosan telah membawa Aq khayal di dunia YM. Aq turut khayal mengdownload lagu-lagu untuk kepuasaan halwa telinga Aq. Aq semakin khayal...

2007/11/12

Love Triangle; Gotta Be My Gurl

Akhirnya kisah cinta tiga titik Betik berakhir, apabila dia berjaya merampas Putih daripada Hitam. Ini merupakan kisah ke-4 mengenai kisah cinta tiga titik Betik. Mungkin sekarang ini betik sedang bersiul lagu Couple - Gotta Be My Gurl.



Kepada sesiapa yang tidak pernh mengikut dan sudah lupa kisah tiga titik Betik bolehlah recall balik kisah-kisahnya;

Prelude: - Love Triangle
Eposide 1:- Love Triangle; Betik Want Putih Back
Eposide 2:- Love Triangle; Putih's Sooooo Hawt!

Jika kisah cinta tiga titik di filemkan mungkin Aq memilih Cokelat-Segitiga sebagai OSTnya dan ayat pembuka yang sesuai unutk filem ini adalah "cinta ini bukan cinta tiga segi tapi cinta tiga titik pada satu garis lurus yang mana letaknya aku adalah pada titik pertama sedang dia pada titik yang akhir dengan satu titik penghalang di tengahnya"

p/s: Semalam Fa nampak jiran yang bagi Streamyx telah bagi Betik makan. Betik ada tuan baru ke? Apa yang terjadi?

2007/11/11

BBQ Party At Teratak 42

Penat. Letih. Seronak. Puas Hati. Semalam ahli rumah Teratak 42 dan Lorong Ter-Babas menganjurkan BBQ Party sempena mengraikan kemenangan Lorong Ter-Babas baru-baru ini. Dengan bermodalkan budget yang agak sedikit, akhirnya kami mampu menghiburkan lebih kurang 50 orang tetamu. Majlis bertambah berjaya apabila ada tetamu yang membawa bahan mentah masing atau duit sumbangan. Taniah ditujukan kepada Tukang Usahakan - Geweng, Fa, Shuki, Panjang, Nuar, Kerk, Fit dan Kucai. Terima kasih juga di tujukan kepada Tukang Goreng - Eka, Tukang Bekal Buah - Zatty, Tukang Bekal Sosej & Tembikai - Usen & Rakan-Rakan, Tukang Bekal Perkakas - Cik Payung & Rakan-Rakan dan Tukang Bekal Keropok - Kawan-Kawan Kerk. Terima kasih kepada para tetamu yang hadir dan telah menjayakan program ini.
Ini senarai tetamu yang telah diusahakan oleh Shuki. Ramai ini, cukup budget tak?. Akhirnya ramai juga yang hadir seperti yang telah dirancangkan.
Antara persiapan yang telah di lakukan oleh Tukang Usahakan. Memotong tembikai, buah dan sosej. Panjang selaku AJK Angkat Batu merangkap AJK Membakar Ayam. Geweng selaku ketua program memotong tembikai dengan HP. Fa AJK Gas dan Air Gula. Nuar AJK Menghidupkan Api. Kerk AJK Cuci Lantai. Kucai AJK Sound Sistem merangkap AJK Amik Gambar. Fit AJK Kemas Rumah. Shuki AJK Menjemput Tetamu merangkap AJK Kemas Rumah. Aq AJK Amik Gambar.

Antara tetamunya hadir di BBQ Party Teratak 42. Ini antara gambar yang dapat dirakam oleh DSC-S40 Aq. Ada gambar yang Aq sensorkan dengan "Test Pen" atas permintaan orang kena sensor itu disebabkan hendak elakan pekara yang tidak diingini berlaku.

p/s: Aku Scandal atau Meningalkan Aku Sendiri. Cuba fikir?

2007/11/10

A Nations May Rise And Fall

"Masuk kereta bau ayam,
Masuk rumah bau betik,
Masuk bilik, bilik bersepah"
Mohd Yazid Husain (10/11/2007)

Semua tempat yang Aq berikan tangungjawab untuk mengantung baju dan seluar Aq mogok pada hari yang sama. Akibat daripada mogok itu kesannya bilik Aq bersepah bagaikan tongkang pecah.
Tempat gantung seluar sebelum dan selepas.
Tempat gantung baju selepas dan sebelum. Tempat gantung jacket sebelum dan selepas.

p/s: What the day? Kenapa dugaan ini berlaku pada hari yang sama.

2007/11/08

Neighborhood

"Kelip kelip, Disangka api,
Kalau api, Mana puntungnya..
Hilang ghaib, Disangka mati
Kalau mati, Mana kuburnya.."

Imran Ajmain




Kat office Aq tengah gila lagu Seribu Tahun - Imran Ajmain

Hari adalah hari kenyang Aq. Hari ini sahaja ada dua rumah yang Aq bertandang untuk mengisi perasaan lapar. Pertama kenduri kesyukuran untuk baby Kak Dy (ex-collegue). Sampai sahaja majlis sudah bermula dan ketika itu tetamu tengah membaca doa. Makan-makan Aq terus balik bersama Kucai. Kita orang terasa seperti semut kecil. Rumah kedua di rumah Kakak kepada awek Geweng, Min. Kiranya pertama kali Aq pergi rumah terbuka yang kongsi sebanyak 6 buah rumah. Masih mengamalkan semagat kejiranan walaupun tinggal di kawasan perumahan dan bandar. Bagus juga dengan ini dapat mengwujudkan semangat kejiranan tetangga.


Kucai dengan camera Nikon S-200 dia tengah sibuk tangkap gambar awan. Syuki tengah usha Ah Moi Chantek, Fa masih ingin terus menjawab soalan dan Geweng sedang memerhatikan gelagat mereka
Kambing golek dan dipanggang antara favorite course Aq ketika rumah terbuka ini. Hanya Aq sorang yang makan kambing antara kami berlima.
Cuba cari chick antara makcik-makcik ini. He he he. Pokodot punya awek.
Soalan yang sama, mana chick yang Shuki sedang usha. He he he.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails