2009/06/25

Tag: Sila Jawab Dalam Bahasa Melayu

Aq telah di Tag oleh Myself. Erm. Aq cuba menjawab.

Tag Pertama.

Soalan-solannya;

1. Bekas kekasih saya adalah
Tiada

2. Saya sedang mendengar
Alunan peti suara Zee Avi

3. Mungkin saya patut
Pergi bercuti bersama Cat

4. Saya suka
Menulis Blog, mengambil gambar dengan Kamera D40X buat masa sekarang, menternak mikroorganisma

5. Sahabat-sahabat baik saya
Ada yang datang majlis Aq, Ada yang tidak datang.

6. Saya tak paham
Kenapa diperlukan baru cari Aq

7. Saya kehilangan
Arwah atok, Al-FAtihah

8. Ramai yang berkata
Pukulan kompang yang terbaik

9. Makna nama saya
Yang bertambah baik, Meningkat

10. Cinta itu adalah
Pandangan Pertama

11. Di suatu tempat, seseorang sedang
Memandang Aq dari CCTV yang sedang tulis blog.

12 .Saya akan cuba
Menyorok daripada pandangan CCTV

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud
Kekal

14. Telefon bimbit saya
G502 Sony Ericsson

15. Bila saya terjaga dari tidur
Tengok muka Cat, kemudian tengok awan.

16. Saya paling meluat apabila
Ada bau busuk

17. Pesta/Parti adalah
Full Moon Party

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah
Gambar ikan sepat yang dilukis dalam diari Cat.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah
Setiap masa yang menyeronokkan

20. Hari ini
Hari Khamis (Batik Sigh!!!)

21. Malam ini saya akan
Berada di PLUS Highway ke Shah Alam

22. Esok pula saya akan
Aq dan Cat berada di Medan bersama rakan-rakan lain

23. Saya betul-betul inginkan
Ke Koh Sai Moi

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini
Kena cukur kumis yang serabut

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan
Dua-dua

26. Makanan Barat atau Jepun
Dua-dua

27. Bilik yang terang atau gelap
Suam-suam kuku

28. Makanan segera adalah
Tiada. Kurang Minat

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Berita gembira perlu disampaikan.

Tag Kedua

Soalan-soalannya;

1. Apakah perasaan anda sekarang?
Lapor

2. Saya nak makan?
Nasi dan lauk masakan Cat

3. Saya tak suka?
Keadaan umah yang bersepah

4. Impian saya?
Ke Koh Sai Moi

5. Haiwan yang saya tak suka?
Erm. Erm. Erm.

6. Saya harapkan?
Keajaiban berlaku

7. Jika boleh putarkan masa?
Belajar betul-betul

8. Saya pada 10 tahun akan datang?
Stabil, Mewah dan Bahagia

9. Handphone saya adalah sebuah?
Sony Ericsson G502

10.Saya pernah bercinta sebanyak?
Sekali

11.Kawan-kawan saya?
Cool & Chill

12.Pernah dikhianati?
Erm. Kurang ingat

13. Apa yang hendak anda lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
Karma dan tonton Drag Mre to the Hell.

p/s: Tidak mahu meneruskannya.

2009/06/24

Thank's Ayah, Happy Father Day

Masa hari bapa tempoh hari, Aq wish dengan nada terkedu-kedu. He he he. Nasi minyak Ayah Aq disukai ramai ketika hari bapa tempoh hari. Sedap, berlemak dan ditambah berulang kali. Terima kasih.

p/s: Selamat Hari Bapak!!!

2009/06/23

For Those Who Love To Save

Kepada rakan-rakan mari kita membantu dengan satu ketik, DiGi akan menderma RM 5 kepada persatuaan yang engkau orang pilih. DiGi mahu menderma RM 150,000 dalam masa 30 hari. Sila ketiknya.


2009/06/18

Our Wedding; Majlis Bertandang

Ini adalah rintitan gambar pada majlis bertandang pada 7 Jun 2009. Gambar ini Aq amik daripada Facebook Ed. oleh menjadi tatapan buat sementara waktu. He he he.




Bagi memastikan majlis berjalan lancar pastikan membuat reconfirmation bagi mengelakan salah faham dan kesilapan-kesilapan kecil ketika majlis berlangsung. Pada majlis Aq kelewatan pada pasukan kompang menyebabkan kelewatan pada majlis bersanding. Mereka lewat setengah jam daripada pada masa yang dijanjikan. Alhamduillah semuanya dipermudahkan walapun ada kesilapan kecil.

p/s: Keras.

p/s: Salah eja betadang = bertandang.

2009/06/17

Married With Family Too

"You not only married to her but married to his family too"
Empbhone, 7 Jun 2009

Itulah kata-kata Empbhone setelah majlis kami selesai. Empbhone sangat teruja kerana tiga hari terlibat secara langsung. Aq kira Ed dan Hint turut juga teruja. Mereka pasti ada padangan yang berbeza mengenainya. Kami hanya mampu mengucap terima kasih tidak terhingga.

Setelah majlis bertadang selesai. Aq pulang ke rumah emak ayah mertua di Muo selama 2 malam dan kemudian pulang ke rumah emak ayah di Punggor. Kami menghabiskan cuti kami dengan mengujung rumah saudara-mara di kawasan Muo. Ini adalah salah satu adat yang perlu dilakukan. Bagi Aq ia bukanlah satu adat semata-mata, dengan cara ini kita boleh mengenali adik-beradik dan saudara mara belah mak ayah mertua kita dan malah dapat mengenalkan isteri kita dengan adik-beradik dan saudara mara mak ayah kita.

Sebagi balasan, kami akan memperolehi hadiah kujungan. Kebiasaannya kain batik dan kain pelikat lepas. Kadangkala salam keruk. Dan terpulang kepada orang yang memberi hadiah. Ada suatu hari itu dekat 11 buah rumah kami kujung. Seperti mengujung ketika hari raya pula. Kami kenyang air. Huh. Itu belum kami menelefon untuk buat kujungan, pasti makanan berat terhidang. Adat seperti ini bagus untuk dipertahankan, ia bukan sahaja dapat mengenali saudara-mara malah mengeratkan hubungan kekeluargaan.

p/s: Simbolik pemberian kain pelikat dan kain batik masih Aq tidak mengerti sehingga sekarang. ???.

2009/06/16

Our Wedding

Rintitan majlis pernikahan Aq dan Cat pada 5 Jun 2009, Jam 1800. Pada hari kejadian, Aq mula merasakan debarannya nasib baik mendapat sokongan keluarga dan rakan-rakan. Terima kasih kepada Ed bertugas sebagai tukang amik gambar resmi dan peneman tidur Cat, Hint bertugas sebagai peneman tidur Aq dan Empbhone bertugas sebagai Pengantin Will Be. Mereka semua selama 3 hari dan 2 malam bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Terima kasih.

Debaran mula terasa apabila waktu pernikahan daripada jam 1930 berubah kepada jam 1730 dua hari sebelum hari kejadian. Takut betul majlis tidak berjalan lancar kerana ada perubahan di saat-saat akhir. Alhamduillah semuanya dipermudahkan.

Kami bertolak selepas Solat Jumaat ke rumah mempelai. Aq bertindak cool walaupun lawak Hint kadang kala mencuakkan Aq seketika. He he he.

Dialog YM dengan Joe semalam menceritakan perasaan Aq selepas lafaz

Joe: so how's ur life lately?
Joe: best x kahwin?
Aq: aq pasti ko pun tau jawapannya
Aq: sebagai seorang muslim sudah hampir lengkaplah
Joe: tanggungjawab anda bgmana pula?
Aq: kena laksanakan tangungjawab
Aq: berat oi
Joe: hahaha
Joe: tau xpe
Aq: hehehe
Joe: sound like u were been married for 10years je kan..

Lepas sahaja lafaz selesai. Suasana sedih kegembiraan mula menyelubungi majlis yang suci ini. Terharu dan sedih mula terpancar di riak wajah masing-masing.




Majlis kami penuh dengan adat seperti majlis ketika zaman-zaman emak bapak kita. Selesai sahaja majlis pernikahan. Bermula aktiviti-aktiviti yang lain seperti berzanji, malam berinai, berkhatam, "toll", bersanding,lambung, beriring, makan berdamai, tidur berteman. Sungguh memenatkan.
Isi berzanji adalah kisah riyawat Nabi Agong Muhammad S.A.W secara berurutan daripada salahsilah keturunan, zaman kanak-kanak, zaman remaja sehingga di angkat menjadi rasul. Turut disertakan sifat rasulullah yang menjadi teladan pada umat Islam. Tujuan di adakan berzanji bagi mendapatkan keberkatan pada sesuatu majlis.

Majlis rasanya Aq sudah terangkan pada bebelan yang lepas. Pada tajuk bebelan Raha & Wanne's Wedding beberapa bulan yang lalu. Sila ketik untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan adat malam berinai. Seronok betul kena tepung tawar kena baling dan renjis oleh keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan. Pada malam tersebut Aq, Hint dan Empbhone tidur dirumah makcik Aq kira rumah bersanggah.

Belah pagi pada keesokan harinya, majlis berkhatam diadakan. Kebiasaannya majlis berkhatam diadakan bagi menandakan seseorang sudah tamat membaca Al-Quran akan tetapi bukan bermaksud tidak perlu membaca lagi. Majlis ini menandakan bahawa seseorang itu tidak perlu bimbingan seorang guru lagi hanya perlu mengasah bacaan Al-Quran dengan sendiri. Dalam kenduri tersebut, seorang guru akan dipanggil untuk menyemak bacaan para bakal khatam Al-Quran. Ayat-ayat Al-Quran dari surah-surah yang terakhir dalam Al-Quran bermula dari surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas akan diperdengarkan kepada tetamu dan setelah tamat tuan guru tersebut akan membacakan doa khatam Al-Quran, menandakan pengiktiraf tamat membaca Al-Quran.



Biasalah kalu tiada toll tidak sah. Masa majlis tengah berjalan lancar ini, duit toll boleh abis pula kerana tukang pengatin will be terlalu panik kerana pertama kali menjawat tugasan tersebut. Kelakor betul. Setelah memberi password kepada mak andam barulah, Aq dapat duduk bersanding. Keras dan malu. He he he. Kemudian adat lambung. Lambung duit dan coklat. Seronok betul tengok kanak-kanak, keluarga dan sanak-saudara berebut balingan kami berdua-dua.

Ini memang diminta oleh ibu mertua Aq dan bapa Aq untuk adat beriring. Mempelai akan berjalan pada kain batik lepas daripda pelamin ke bilik mempelai. Dulu masa mak dan ayah Aq khawin pun ada buat macam ini. Walla.

Pada malamnya pulak, ada aktiviti makan malam bersama keluarga dan sessi mengasah suara dan bakat. Mempelai kena belanja keluarga makan malam. Mempelai tidak dibenarkan tidur bersama sehingga majlis bertandang di mempelai lelaki selesai. Pada malam hari, Aq ditemani Hint dan Empbhone. Dan pada belah rumah bertadang Cat ditemani oleh AP. Ini adalah bagi tujuan menaikan seri kedua-dua mempelai.

Akhir sekali. Di ucapkan terima kasih kepada keluarga, saudara-mara, jiran-jiran dan rakan-rakan yang menjayakan majlis kami berdua. Turut terima kasih yang hadir daripada jauh walaupun masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Sekian terima kasih.

p/s: Majlis Bertandang tempat Aq masih tidak perolehi gambarnya lagi. Nanti-nantilah

2009/06/02

Panic In The Room

Hari terakhir berada di Teratak 42. Melangkah ke office dengan permulaan langkah yang berat. Buat kali terakhir berbumbungkan Teratak 42.
Setelah membersihkan ruang tidur. Terasa lapang ruang tiur ini.
p/s: Aq akan bercuti selama 2 minggu.

2009/06/01

Puss In Boots

Seperti biasa. Isnin pertama dalam setiap bulan pasti ada perhimpunan bulanan. Colluege Aq di sini rata-rata pergi kerja dengan berselipar atau sandal sahaja kerna apabila berada dalam office kena buka kasut. Pagi tadi masing-masing mencari kasut di dalam kenderaan masing. Semua kelam kelibut kerna masing-masing fikir perhimpunan tiada memandang tiada ada sebarang memo pada minggu lepas.

Sungguh luar biasa pagi tadi semua mencari kasut termasuk Aq juga. Kelakor tengok gelagat mereka semua. Ha ha ha.

p/s: Dimana selipar buaya Aq.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails