2006/06/29

Upload My Photo


Hari tak ada coretan unggul daripada aq cuma inngin meletak foto aq sahaja. Sebagai Blogger aq kena letak foto aq kat profile untuk ratapan orang awam dan Blogger yang lain. Untuk butiran lanjut korang boleh baca profile aq kat Friendster. Aq edit foto daripada majlis makan malam Bioteknologi ajuran Program Bioteknologi, UMS. Aq edit-edit foto lama sebab semalam aq free sangat sebab world cup berehat 2 hari. Dan aq masih sedih Spain kalah pada France.

2006/06/28

Spain Miss Out World Cup 2006

Sedih melihat keputusan Spain kalah 3-1 dengan France. aq tak boleh cerita lanjut mengenai kekalahan Spain, korang boleh baca sediri E-news ini.

2006/06/27

Burning Day

Di IBS dah 2 hari termasuk pagi ini terasa panas dan bahang kerana kegagalan air-cond untuk berfungsi sepenuhnya. Punca kegagalan adalah berlaku lintas pintas pada hari Sabtu lepas (24/6). Dari semalam technician di IBS bertungkus-lumus untuk membuat air-cond berfungsi sepenuhnya. Aq terpaksa buka tingkap untuk mengelakkan aq duduk di dalam kepanasan selama 8 jam. Oi Panas! Panas! Panas!

Aq terpaksa membuka butang baju kerana kepanasan!


Aq terpaksa mengipas diri aq untuk mengurangkan kehangatan di salam Lab ini.


Dua benda ini aq gunakan untuk mengurangkan kehangatan dan kehausan. Seperti aq berada di gurun Sahara dan membolehkan aq melihat oisis. Semoga air-cond berjaya dibaikpulihkan sehingga tengahari ini. Amin

2006/06/26

Hitz.FM Football Beach Party @ Penang

24-25 haribulan aq kat Penang untuk Hitz Football Beach Party tajaan Hitz.fm. & Hotlink. Walaupun aq lambat sampai kerana perjalanan dari Kl - Penang mengambil masa 4 jam dan aq sampai di Bay View dalam pukul 10 p.m, party tetap best giler. he!he!. Rugila sape yang aq ajak tak nak pergi. aq pergi dengan 2 orang kawan aq (from Kl) + 1 chikas (amik kat Penang).


Hawt chickas, Wow! Are there hawt? Ini gambar chikas from Hitz Crew tengah menari. Banyak chikas yang hawt tetapi aq punya lensa DSC-S40 buat hal pulak! Agrh!!! It's still under waranty.



Germany beat Sweden 2-0. He he he.

2006/06/23

Flooding & 100 Number Plat Missing




Dah 2 hari hujan lebat di kawasan UPM-Serdang. Pics ini Aq amik masa hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat di kawasan Jabatan Pertaniaan Selangor. Dan banjir kilat menyebabkan nombor plat Aq hilang di serang derusan air longkang. Malahan bukan aq sorang yg kehilangan malah ada sebuah Kelisa, Honda Civic 2006, lori berkepala merah, Inakom Atos dan sebuah Sartia hijau. Kalau korang tak percayalah bukti pics di atas dah menceritakan segalanya. Terpaksa-ah Aq membelanjakan RM 15 ringgit untuk nombor plat baru. Tauke Cina tukang buat nombor plat berkata "nombor lu bole naik besok, kita kongsi duit, lu RM 50, kawan lu RM 50, saya RM 50, bole menang besar tu 4D". He he he boleh percaya kah tauke?

2006/06/22

Un-Stocking



Sudah 2 hari kehidupan Aq tanpa stocking.

2006/06/21

A Journey Begin

today 21/06/2006

Hari di mana Aq memulakan blog di Blogger. so secara tidak langsung aq menjadi familia di dalam Blogger secara resminya. Bermula-ah journey Aq sebagai Blogger. Aq adalah hamba yang ingin belajar sesuatu, maka banyak journey yang perlu Aq catit untuk dijadikan perigatan Aq dan anak cucu Aq di masa mendatang.

Wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails