2010/11/29

Eshal: 35 Weeks

Eshal Numa ketika 36 minggu:

Kegemaran: senyum malu dan ketawa, dalam cubaan untuk merangkak sendiri dan masukan barang dalam mulut.
Makanan: Mead Johnson Enfapro A+, Bijirin dan Bubur Nasi Mummy
Minuman: Mead Johnson Enfapro A+
Kebolehan Sekarang: Cubaan merangkak, suka cabut huruf-huruf di Eshal Map

Eshal baru baik deman selama dua bulan bersama Mummy, Eshal tidak kena deman. Alhamduillah, ini memudahkan urusan Cat mengurus Eshal. He he he. Sekarang ini Eshal mula merangkak. Akan tetapi kami belum melihatnya. Eshal tunjuk kebolehnya kepada Ibunya (pengasuh yang menjaga Eshal ketika waktu siang.

p/s: He he he

2010/11/25

Eshal at Secret Recipes

Aksi Eshal ketika membuat pesanan di Pizza Hut.

Mummy can I eat Kids Club Meal?

p/s: :D

2010/11/22

Eshal: 34 Weeks


Eshal Numa ketika 34 minggu:

Kegemaran: senyum malu dan ketawa, dalam cubaan untuk duduk sendiri dan masukan barang dalam mulut.
Makanan: Mead Johnson Enfapro A+, Bijirin dan Bubur Nasi Mummy
Minuman: Mead Johnson Enfapro A+
Kebolehan Sekarang: Dalam cubaan untuk duduk sendiri, takut dengan Daddy

Lama tidak update perkembangan Eshal mengikuti minggu ke minggu. Rasa lebih 10 minggu. Eshal pun mula takut dengan Aq. Kena amik masa sikit untuk mengambil hati Eshal semula.

p/s: He he he

2010/11/20

Eshal: Aqiqah

Aq menjejak kaki di tanah Johor tepat jam 2300 pada 18 November 2010. Terus Aq dihantar ke Teratak 60. Dua bulan? Ya dua bulan. Bagaimana Eshal? Cat?.

Eshal akan takut dengan Aq. Mungkin tidak selesa. Mungkin amik masa.
Kami meneruskan rancangan Aqiqah Eshal di Rengit. Kami bertolak pagi daripada Teratak 60. Terus memilih kambing unutk Eshal. Wah bestnya.
Aq tertinggal bakul baju Eshal. Terpaksalah Aq pulang semula ke Teratak 60. Majlis untuk kaum wanita bermula pada jam 1500.

Eshal diarak untuk proses cukur jambul.

Eshal memakai Han Bok untuk majlis Aqiqah disebelah malam. Sebelah malam unutk kaum lelaki.

Eshal diarak ketika majlis.

p/s: :i

2010/11/18

Hi Seoul IV; Nami Island

Aq dibawa ke tempat pengambaran Winter Sonata iaitu Nami Island. Pulau ini dinamakan sempenan General Nami mengikut sejarahnya. Pulau ini lebih dikenali kerana drama korea Winter Sonata. Aq tidak menonton kerana Aq hanya tonton Autumn In My Heart sahaja.

Aq cuba bereksperimen dengan foto.

Pulau Nami chantek ketika Musim Luruh, Bunga dan Salji.

Cuba meniru aksi lakonan Hero Winter Sonata. First snow

Antara gambar yang menarik. Dan terima kasih Mr. Kim

p/s: Aq angkat berangkat pulang ke Malaysia jam 1500 waktu Korea. Mungkin sampai di Changi jam 2200. Tidak sabar ketemu Eshal dan Cat.

2010/11/17

Hi Seoul III; Aidiladha

Pagi-pagi lagi Aq sudah ke Itaewon untuk Soalt Hari Raya. Di sini Adiladha jatuh pada tanggal 16hb November 2010. Di Malaysia pada 17hb November 2010.

Indahnya Islam.

Walaupun daripada berbeza bangsa agama Islam dapat meyatukannya.

Petang Aq ke Muzium Seoul yang merupakan Muzium yang ke-5 terbesar di dunia. Sempat juga bergambar di tabir G20

Bendera asal negara Korea sebelum mereka perang saudara.

Kemudian ke COEX. Untuk tengok Aquarium, Muzuim Kimchi dan Lotte Free Duty. Malangnya Aqurium dan Muzium kimchi sudah tutup. Sempat juga Aq date dengan Angelina Jolie.

2010/11/16

Hi Seoul II

Hi Ahad.

Bermula di Dongjak Stn. ke Gupabal Stn perjalanan di teruskan dengan bus 704 ke Mt.Bukhansan. Mengambil masa 5 jam untuk naik puncak dan menurun seorang diri. Jumpa dengan Koreans yang mesra join sekali sehingga puncak. Dapat anggur dan coffee free. Hahaha.

Kemudian ke Anguk Stn. untuk ke Samcheongdong-gil. perkara wajib bagi para tukang amik gambar. Dan ke Insadong di waktu siang. Berkelana ke N-Tower. Sangat sejuk. Dan perjalanan ini mengambil masa selama 13 jam seorang diri.

Aq berada di puncak Mt.Bukhansan bersama Koreans. Merupakan rekod kedua ke puncak gunung. Sejuk, penat dan best. :D
Pandangan daripada atas. Seoul.

Pokok ala-ala Helloween.

Ini bos Aq cakap Stardem buka Starbuck. Lor. Di sini para tukang amik gambar berkumpul. Semua mengandang kamera masing-masing.

Berjumpa dengan Dark Vader. Luke I'm your father.

Ke Insandong.Ada perarakan pakaian tradisional.

Berkelana ke N Tower. D40X mula kehilangan tenaga.

Manga chenta.


p/s: 13 jam berkelana di Seoul

2010/11/15

Hi Seoul I

Sabtu yang lepas bermula aktiviti berjalan-jalan di Seoul. Mulanya daripada Dongak Station. Aq ke Kawasan Perkuburan Rasmi Tentera Korea. Kira pergi menziarah para parajurit Korea yang tewas diperbatasan. Perang Saudara Korea pada 1950 hingga 1953.

Sunyi sahaja sausana di sini. Tiang belakang itu adalah tugu peingatan kepada parajurit.

Kemudian ke Namdaenum. Misi mencari Han Bok untuk Eshal. Masa akikah Kami planing untuk pakaikan Eshal Han Bok.

Kemudian ke Nam Sam Tower. Erm tidak kesampaian kerana perut sudah lapar dan mahu ke Itaewon.

Tiba di Itaewon. Makan kebab macam biasa dan mencari jacket kulit yang berwarna selain warna hitam

Kemudian ke Insadong. Kira jalan seni. Di sini boleh dapat barang-barang cendermata yang agak murah sedikit daripada Namdaenum. Ruginya. Budget limit sangat. Beli sekadar mampu. Mintak maaf jika anda tidak memperolehi cendermata.

Kick My Metal Ass - Bender. Hahaha

p/s: Besok Aq planing jalan sorang-sorang

2010/11/12

Daejeon; Coretan Terakhir

Dream come true. Akhirnya minggu terakhir di Korea. Aq akan berada Seoul selama 6 hari sebelum pulang ke Malaysia. Sudah tidak sabar unutk ke Malaysia. Ini ada coretan terakhir di Daejeon.

Minggu ini adalah minggu pilihanraya di Han Nam University.

Prof. Lee belanja kami makan BBQ Ikan. Best juga boleh tahan. Kenyang.
Kali terakhir berjumpa dengan Pelajar Malaysia di KAIST. Macam-macam hal. Tutup pintu, tertumpah teh, gelak sakan dan mengopi.
Yeah. Tamat sudah di Han Nam University.

Menyambut Birthday Prof. Lee dan Sonny.

p/s; Thank You.

2010/11/11

Daejeon; Picture of Jeonimin-Dero

Ini adalah minggu terakhir berada di Jeonimin-Dero. Aq sorang-sorang bersama D40X unutk merakam benda-benda menarik di Jeonimin-Dero. Pada mulanya Aq pergi bukit kecil di berhampiran studio aparment Aq tinggal. Menarik. Musim luruh banyak pokok-pokok yang menarik.
Self-picture. Aq mengeksperimenkan D40X dengan self-picture. Okay juga.
Belon. Buaian. Kanak-kanak

Ini sungai yang terdapat di Jeonimin-Dero. Chantek kan. Hopelly Sungai Segget, Sungai Skudai, Sungai Tebrau dan Sungai Johor jadi macam ini kelak.

Daun Maple. Bukan Maple Loo. :D

p/s: Hari terakhir di Jeonimin-Dero

2010/11/09

Fly To Seoul II

Hari kedua, Aq ke City Hall semula untuk melihat secara dekat istana yang terdapat di Seoul. Memang unik. Sebelum itu mengopi dahulu di coffee house di sekitar istana yang telah dijadikan tarikan pelancong.

Banyak pokok-pokok dan bangunan-bangunan lama untuk di kunjungi. Boleh beraksi sekejap.

Sempat juga Aq sebagai utusan dari Johor Lama menghadap Sejong Daewo (Raja Sejong).

Admiral Lee ketika waktu siang

Ini adalah pebarisan pengawal-pengawal istana.

Save our earth. Go Green.

Hidup bagai putaran roda. Ketika balik Aq naik keretapi atas tiket berdiri. Maksudnya tiada tempat duduk. He he he.

p/s: Fly to Seoul

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails