2010/10/31

Daejeon; The Expression of Love

Aq mencari padding jumper di E-Mart dan Daejeon Station. Semasa tengah sibuk mencari Aq terlihat peristiwa ini. Wah, the way Korean express they love. Hahaha.

p/s; sangat melalukan.

2010/10/30

Daejeon; BBQ & Bowling

Kerana ada urusan, Aq terlepas menikmati program BBQ yang dianjurkan oleh Para Pura Cendana. Sampai sahaja Aq di sana. Kami terus pergi ke Daejeon World Station untuk mengikut acara seterusnya. Lapar.

Akhirnya. Aq sampai juga stadium 2002 World Cup. Walla. Memang terasa best. Kemudian Kami tunggu beberapa minit untuk bermain bowling. Lapar. Bau sate memang sedap.


Bermain bowling. Memang best. Suka-suka dan still lapar. Selepas main bowling. Kembali ke KAIST. Huh baru dapat makan. Makan, makan dan amakn. Kemudian lepak kembali dengan mereka di W2.

p/s: alamak tidak dapat mencari public phone.

2010/10/29

Daejeon; Autumn - 가을

Kerana kesibukan tugas disini. Aq tidak kesempatan untuk pergi tempat-tempat yang ada pokok-pokok yang pada musim luruh. Maka Aq perlu mencari kawasan yang ada pokok-pokok sebegini. Dan merakamnya seolah-olah tempat itu menarik untuk pergi. He he he.

2010/10/28

Daejeon; Birthday Party


Hari ini Aq sangat penat. Lantas tiba di studio apartment Aq terus tido. Aq terjaga dan ingin mandi. Adakah mimpi. Aq buka pinyu studio aparment. Collegue Aq bawakan cake hari jadi. Wah suprise.

Tengahari Prof. Lee belanja Aq Damino Pizza. Dan Ucapan terimakasih kepada para pengucap Happy Birthday. Terutama kepada Cat dan Eshal

p/s: semoga diberkati. Amin

2010/10/27

Daejeon; Everybody Is Beautiful

Erm. Bagi Aq semua orang ada kechantekan masing-masing. Sejak Aq di sini ramai bertanya perempuan korea chantek-chantek tak? Lelakinya hensem macam dalam drama. Bagi public firgure dekat sini memang chantek dan hensem. Public figure. Dekat Malaysia pun sama. Terpulang kepada sesiapa yang mahu menilai seseorang rupa seseorang.

Yang Aq boleh cakap lelaki korea rata-rata macam Park Ji Sung. Memang sukar bezakan rupa mereka. Lebih kurang sama. Disebabkan hanya ada beberapa keluarga sahaja di Korea. Kim, Park dan Lee atau Ryu adalah keluarga terbesar disini. Sebab itu diaorang mempunyai wajah seakan sama. Perempuan pun seakan sama juga. Mungkin industri kosmetik sini bagus dan mempunya pilihan. So boleh dikatakan mereka seperti Indonesia mengamalkan jamu daripada kecil.

p/s: semua orang memiliki keindahan masing-masing.

2010/10/26

Daejeon; Freezing - 어는, 몹시 추운

Hari adalah hari yang paling sejuk sebelum hari-hari yang lain. Aq dengan stokin pendek tidak mampu menahan kesejukan. Bercadang untuk membeli jumper hujung minggu ini di Daejeon Station. Yang bagaimana? Jumper atau jacket kulit berwarna merah. Bergantung pada wang yang ada. Lebih baik bergaya atau berjimat?

Dengan sendiri Aq merakam gambar Aq berpakain berlapis-lapis di laluan kaki lima Daejeon. Daun, kesejukan dan desiran angin bagaikan lagu yang indah yang sukar didengari.

p/s: dua-dua penting

2010/10/25

Eshal; 28 Weeks

Eshal sudah 28 minggu. Sekarang Eshal  sudah pandai mengorder Kids Meal at Pizza Hut. Eshal akan mengikut apa yang Mummy Eshal makan. He he he. Chomelnya.

p/s: Makan dan jangan membazir. He he he.

2010/10/24

Muhamad Rifdi Nifail

picture from FB Adek

Taniah kepada Along. Menerima cahaya mata. Kiranya ini sepupu pertama Eshal. Ewah-ewah bukan main lagi Eshal menunjukan kasih sayangnya.

p/s: Taniah.

2010/10/23

Daejeon; Meet Pura Cendana

Ingin keluar daripada dinding studio apartment ini. Lalu bercadang ingin jumpa para Pura Cendana di KINS. Sekadar lepak-lepak dan mengambil budu. Sampai-sampai memang langkah kanan. Dapat menjamu beras Malaysia dan lauk-pauk Malaysia. Best.

Sebab para Pura Cendana ingin mengadakan pebincangkan untuk majlis pada 30 Octeber ini. Selepas berbincang dan masing-masing mengangkat bahu. Terus kami mengeteh. He he he. Borak-borak. Dapat tahu lens Nikkor kat sini murah. Uh.

2010/10/22

Oukskirt of Seoul; Sotong Liat

 Sotong liat, ikan mentah, sushi mentah. terpaksa Aq telan. Tiada pilihan. Kalu tidk menjamu kecil hati pulak orang-orang sini. Mereka cepat temper dan cool balik. emosi tidak stabil. Rata-rata. Kadang-kadang pasal makan pun jadi issue. He he he.

Ini Aq masak sendiri sotong liat di perhentian R&R. Dapurnya hanya batu panas. Walla. Kagum. Kena makan cepat-cepat jika tidak akan liat. He he he.

p/s: Sudah di Daejeon

2010/10/21

Oukskirt of Seoul; Jalur Gemilang

Satu budaya orang-orang Korea akan melekatkan bendera negara kepada kumpulan yang mereka bakal berjumpa. Jika jumpa kami, letak Jalur Gemilang sebagai contoh. Dalam bilik meeting dan di tiang bendera mereka. Aq pergi ke satu syarikat di Incheon. Erm diaorang salah pasang Jalur Gemilang. Terbalik. Dengan alasan kelam kabut. Doh.

p/s: Dok, sejenis kuih kebangsaan Korea seperti Buah Melaka

2010/10/20

Oukskirt of Seoul; Udang Panas

Kerja di Korea di tambah tiga minggu lagi. Maknanya sebulan lagi Aq akan berada di Korea. Di Suwon amat sukar mencari makanan seperti di Daejeon. Aq hanya memakan udang fresh selama 2 hari berturut-turut. Memang mudah hanya sauh udang daripada bekas simpanan udang. Masih hidup udang ini. Kesukaran udang ini suka melompat-lompat. Kemudian timbang dan sedia untuk di kukus.

Kukus dengan garam batu. Sekali udang tersebut melompat-lompat kepanasan. Enak di makan dengan wasabi dan kimchi. Memang terangkat dua ibu jari.

p/s: besok kembali ke Daejeon.

2010/10/19

Vote For ED 135 Eco Hub

Sila vote untuk Ed 135, Pyau antara finalist yang berjaya dalam Nippon Paint Young Desigener Arward 2010. Tema adalah Eco Design.


Sila ketik ED 135 untuk tinggi vote Pyau.

p/s: semoga berjaya Pyau.

2010/10/18

Eshal; 27 Weeks



Kiriman MMS daripada Cat. Kini Eshal sudah berusia 27 minggu. Sudah pandai duduk. sudah makan caroot, suka sangat nestum, kurang makan nasi. Bergolek-golek, main-main dan terus tido. First word, Ma Ma. :)

p/s: Leaving on a Jet Plane. Kena stay lagi 3 minggu.

2010/10/17

Daejeon; Meet Malaysian

Pagi Sabtu pulak, Prof. Lee bawak kami ke Sotong rebus yang pedas. Kerana peristiwa di Indy. Aq tidak memakan terlalu banyak kerana masakan memang pedas. Aq samapai tahap berpeluh. Tapi Aq tengok mereka berdua ynag lain. Pergh selamaba je. Prof. Lee tidak payah cakap emang dah berpeluh dari awal.

Muka tahan pedas. Ha ha ha. Maintain.


Di waktu petangnya pulak, kami ada dinner dengan Malaysian yang berada di Daejeon. Sebahagian memang Aq kenal dan sebahagian adalah wajah-wajah baru. Berjumpa, berborak-borak dan makan bersama-sama. Menurut mereka merupakan perhimpunan terbesar rakyat Malaysia di Daejeon. Seramai 20 orang. Seronok masing-masing, bagi yang lama disini datang menghilangkan rindu dengan rakyat Malaysia.

Kalu di Malaysia, aktiviti mengeteh adalah aktiviti popular. Selepas itu kami ke kedai kopi. untuk mengopi. Kerana kopi amat popular di Korea. Selepas membeli kopi masing-masing, aktivit suai kenal bermula. Menarik mendengar pengalaman mereka semua. Kemudian Me-Rem-Bang (Karoke). Masing-masing enjoy.

p/s; Next gath pada 30 October. (mungkin)

2010/10/16

Eshal Numa with Second Cousin

Cousin Cat baru melahirkan anak, taniah kepada Tieni dan Zaki. Keisya Adriana. Tengok Eshal Nuam cuba terkam kawannya.


Taniah juga kepada Anu dan Amer mendapat cahay mata pada tarikh yang sama. Rayyan. Tengok Eshal Numa cuba terkam. Memang menunjukan kasih sayang. He he he.

p/s: taniah.

2010/10/15

Daejeon; Farewell


Minggu terakhir di Daejeon, Korea Selatan. Bergambar dengan Korean di dalam makmal. Dan bersedia ke Suwon, Gyeonggi-do. Dan bersedia untuk farewell dinner kami anjuran oleh Prof. Lee.

Aq sudah bersedia untuk makan di Indy Restaurant. Berlainan branch berhampiran Lotte Mart. Aq menempah shirp tandorri dan chese nan. Memang lazat. Kemudian order Lassi Mango. Opps. Siapa perut tidak tahan jangan minum Lassi.

Bergambar dengan Prof. Lee dan anak buahnya, Sonny and Jia uat kali terakhir. Banayk belajar ilmu baru daripada Prof. Lee dan anak buahnya. Sepanajng 3 minggu ini diaorang sibuk melayan kerenah kami. Ha ha ha.

Di Krispy Kreme Doughtnuts. Prof. Lee belanja kami donut manis. Best juga.

p/s: Hopelly kejadian di Indy tidak berulang lagi.

2010/10/14

Daejeon; Mancho Restaurant

Besok, sudah ada farewell untuk kami. Hari ini disubsidi di Mancho berdekatan dengan Jeonmin-dong, Yuseong-gu. Bergambar sini sana. Klik klik klik. Minggu yang sibuk untuk segalanya.

p/s: coldplay - 42

2010/10/13

Daejeon; Takoyaki

10.10.10

Chef Kam memasakan kami Takoyaki (Sotong Kurita). Ini julung kalinya Aq memakan sotong kurita. Pedas, sesugut dan sedap. Hari pulak makan takoyaki bersama nasi goreng. Walla. Kalu makan yang raw. Erm tidak berani.

p/s: dua ibu jari terangkat

2010/10/12

Eshal Numa No Bento

Menerima kiriman MMS daripada Cat. Eshal kini sudah boleh mengunyah makanan. Cat awal pagi menyediakan ikan bilis, lobak merak, nasi dan susu ibu untuk bekalan Eshal. He he he. Terima kasih kepada Cat. He he he.

p/s: :D

2010/10/11

Eshal Numa; Kiriman MMS III

Menerima kiriman MMS daipada Cat kalik-3. Oleh kerana Aq sukar mendapat coverage sekarang ini. Aq menghubungi mereka melalui Yahoo Mesengger ke talian telekom mereka. Hehehe. Eshal sudah boleh duduk Aq terlepas untuk merakamnya. Hehehe

2010/10/10

Eshal Numa; Kiriman MMS II

Menerima kiriman MMS daripada Cat. Eshal tengah rindu dengan Daddynya. Huhuhu.

p/s: :D

2010/10/09

Daejeon; Shopping At Daejeon Station

What the small world. Aq tidak menyanka boleh jumpa Annie di Daejeon. Kali terakhir jumpa empat tahun lepas sekitar tahun 2006. So Annie bawa Aq dan rakan-rakan yang lain ke Daejeon Station. Kerana sebelum itu Aq ada tanya Korean yang memiliki kedai kasut berhampiran Daejeon Islamic Centre, dimana boleh dapatkan barangan cendahati yang murah di Daejeon. Dia memberi tahu di Daejeon Station.

Semasa kami sibuk membeli-belah. Kami di sapa oleh Korean yang boleh berbahasa Indonesia. Bisa ngomong bahasa Indonesia. Memang tidak menyanka. Rasa pelik pulak. Adakah ini telah alih bahasa ketika mereka berbual dengan Aq. Yang menariknya mereka belajar daripada buku sahaja. He he he.

Di sini Aq membeli cenderhati untuk kedua-dua Mak Aq, Cat dan Eshal. He he he. memang puas hati. Di sini outlet seperti Faceshop dan Skinfood sangat murah. Half price daripada harga di Malaysia. menarik dan berpuas hati. Di sini juga Rotiboy sangat terkenal, kedainya ada dimana-mana. He he he. Memang berpuas hati.

p/s: tempat yang harus dikunjngi jika anda ke Daejeon

2010/10/08

Daejeon; Islamic Center

Apabila minoriti nampak kekuatannya, apabila majoriti nampak perbalahan. Memang tidak Aq sangka boleh menuaikan Jumaat di Daejeon Korea. Tersentuh Aq dengan keakraban semasa muslim walaupun berasal dari rumpun yang berbeza. 

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. 
Al-Hujarat ayat 13

Pengalaman yang sukar dilupakan dan Khutbah Jumaatnya sangat menarik dan menyentuh. Sukar untuk digambarkan. Selepas itu Aq sempat berkenalan dengan rakyat Malaysia. Dan merasa kebab ayam di Restoren Dr. Karim. Dr. Karim merupakan satu-satunya Korean Muslim yang berada di Daejeon Korea.

p/s: Alhamduillah 

2010/10/07

Daejeon; Motorcycle


Minggu ini sahaja Aq sudah merakam dua motosikal yang kelitah pelik. Jarang sekali Aq jumpa di Malaysia.

p/s: :).

2010/10/06

Daejeon; Laboratory Cafeteria

Semalam Aq sahaja mengikut orang Korea menikmati hidangan tengahhari mereka. Di sini waktu rehat adalah amat penting. Waktu makan adalah waktu makan. Seolah-olah tidak boleh terlepas. Aq ingin mengetahui. Memang penuh orang di kafe semalam. Dan sangat berdisplin. Beratur dan tiada lepak-lepak, habis makan terus beredar sambil menghantar semula tray makanan di dapur unutk dibasuh. Seingat Aq, Aq mealkukannya ketika di Muarian dan ketika kem ina semngat.

Inilah sorotan rakaman daripada tempat Aq mendapat latihan. Peace.

p/s: tenang

2010/10/05

Eshal Numa; Kiriman MMS I

Aq mendapat kiriman MMS daripada Cat. Cat menghantar sorotan gambar Eshal sedang bermain dengan makanan. He he he.

p/s: hilang rindu sebentar

2010/10/04

Daejeon; Kar Gok So

Masih kisah dari gunung. Selepas itu Prof. Lee berlanja kami makan Kar Gok Soo (Korean Noddle). Memang lazat walaupun masa itu gigi Aq sangat sakit sehingga terpaksa menelan 2 biji Paracetamol. Pendakap gigi Aq sangat menarik gigi dengan kuat mungkin keadaan yang sejuk. Kadarmengecutnya sangat kuat. Hu hu hu.

Kar Gok Soo di rebus dengan makanan laut dan diletak cili Korea tidak berapa pedas. Menarik dah berpuas hati.He he he.

p/s: Ouch!

2010/10/03

Daejeon; Lotte Mart (Loteh Mat)

Selepas Aq ke Mt. Gyejoksan. Aq kebosanan. Aq tidur seketika selepas bangun. Aq dapat idea untuk ronda-ronda dengan bus ke Daejeon City Hall. Kemudian Aq buat sedikit penyelidikan bus apa yang sesuai. 918 sesuai. Maka Aq mengajak Chef Kam untuk pergi bersama-sama. Hujan. Redah juga. Di 918 kami dipaksa turun kerana Aq sudah silap bercaturan. Berjalan kaki sehingga terjumpa Lotte Mart. Langkah kanan tengah sale. Aq dapatkan barangan untuk Eshal.

Erm. Masalah tiba. Bus hanya sampaipukul 10 malam. Kami bercadang untuk berjalan kaki ke studio kami. Mujurlah terjumpa Korean yang boleh berbahasa Inggeris, LIyod dan orang Filiphino, Randy. Totally stranger sanggup hantar Kami ke kawasan kami tinggal.

Dan hari ini, Aq pergi semula ke Lotte Mart dengan berjalan kaki. Memang loteh mat!. Aq membeli barangan ubtuk Eshal. Memang puas hati. Para jurujual tidak percaya Aq sudah mempunyai seorang anak perempuan. He he He.
Sepanjang perjalanan Aq merakam gambar bangunan-bangunan. Balik ke studio aparment kami pun berjalan kaki.Loteh mat!.

p/s; Aq mahu tido sangat loteh

2010/10/02

Daejeon; Mt. Gyejoksan

Seperti yang dijanjikan. Tepat pukul 7.30 kami sudah berada di pintu utama Han Nam University. Jika berjanji dengan orang Korea kena tepat kerana diaorang sangat menetapi janji. Sejuk-sejuk pun kami semua redah berjalan kaki untuk ke pintu utama Han Nam University. AKhirnya Prof. Lee dan Dr. Makin datang menjemput kami.


Padangan di Mt. Gyejoksan sangat indah. Kami hanya hiking manakala Prof. Lee dan Dr. Makin berbasikal dengan one million bike (1,000,000 won). Aq dengan sedikit pengalaman mendaki Mt. Kinabalu agak mudah Aq menyesuaikan diri di sini. Kami hanya ingin melihat kubu lama yang seringdiperkatakan. Aq dengan Nikon D40X merakam keadaan semulajadi di sini.

Sebagai kenangan kami bergambar dengan sekumpulan rakyat tempatan, He he he. Memang best. Selamba. He he he. Mereka ini sampai dengan kami pada waktu yang sama kami tiba di puncak Mt. Gyejoskan. Kami menikmati pizza semalam setika di kubu Gyejoskan. Kami harus cepat kerana kami berjalan kaki dan yang lain berbasikal.

Inilah kubu Gyejoskan. Menarikan. Dari sini boleh nampak tasik, bandar daejeon dan kawasan perumahan. Setelah menikmati keindahan di sini. Kami turun semula. Memang best.

p/s: dua ibu jari terangkat!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails