2010/08/31

53th Merdeka

Ramadhan 21

Apa ertinya Merdeka?

Jika Hari Kemerdekaan Kita dicemari oleh

BENDERA membakar jalur gemilang,
NAMEWEE bagai susu dibalas tuba,


p/s: hilangkan sikap prejudices.

2010/08/30

Eshal: 20 Weeks

Ramadhan 20

Eshal Numa ketika 20 minggu:

Kegemaran: senyum, mengiring, kacau Mummy buat kuih raya dan tidur di buaian.
Makanan: Susu Mummy, Dutch Lady Frisolac Gold 1
Minuman: Susu Mummy, Dutch Lady Frisolac Gold 1
Kebolehan Sekarang: megiring sendiri, panjat tiang dengan bantuan, kacau Mummy buat kuih, berfokus dan menyiarap.

Eshal kini sukar tidur tanpa bantuan buaian. Minggu lepas dengan pantas Aq mendapatkan spring buaian dan hanger buaian. Kerana buaian sedia ada Kami sudah berikan kepada babysitter Kami. He he he. Mengaruk sudah pasti. Kadang kala hanya tidur sekejap sahaja dengan buaian. Jika tanpa buaian hanya Mummynya sahaja dapat menidurkan Eshal. He he he.

Eshal sudah belajar buat kuih raya dengan Mummy dan Nanny. Walla. Habis Eshal capai semua aduan yang sedia ada. Hehehe. Tanpa leka sekejap habis Eshal capai. He he he. Main handphone, main Nikon D40X dan main barang-barang kuih. He he he.

Eshal sekarang pantang tengok Aq pegang Nikon D40X pasti Eshal berdherm untuk gambarnya diambil. He he he. Lagi-lagi di area public Eshal akan tengok orang lalu lalang dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. He he he. Pemerhati yang hebat. He he he.

p/s::D

2010/08/27

Aksi Eshal di Muo

Ramadhan 17

Sekarang ini Eshal sudah berupaya pelbagai aksi di hadapan Nikon D40X. Macam-macam gaya. Hampir separuh folder 2010 di hardisk Maxtor Aq penuh dengan aski Eshal.

Ini gambar Eshal mengaru matanya. Ngantuk rasanya. Baby memerlukan tidur yang cukup. He he he.
 

Ini gambar Eshal memfacebookkan diri. He he he.


p/s: pelbagai aksi

2010/08/26

2010/08/25

GFR65

Ramadhan 15
First word Eshal ketika menaip papan kekunci di Acer Aspire One ialah "GFR65". Yang best GFR65 Eshal searching mengunakan search engine Google Inc. Walla. He he he. Eshal main taip je GFR65. Bukan main excited lagi Eshal terhadap notebook milik Anis ini. Mungkin disebabkan Aq tanam Sony Vaio didalam tembuni Eshal 5 bulan lepas. Opps. He he he.

Bial search balik GFR65 di Google kemungkinan adalah singkatan yang doktor pakai. Tak taulah betul ke tidak.

The estimated GFR is 65 mL/min/1.73sq.m. I am a 42 year old white woman with a weight of 156 pounds.

Ini adalah frasa yang Aq amik di Google.

p/s: :)

2010/08/24

Bubur Lambuk II

Ramadhan 14

Minggu lepas, kelab sukan organisasi Aq ada menganjurkan program bubur lambuk-lambak. Brainchild idea ini wujud daripada Sir Rog. Cayalah!!!.

Aq selaku tukang amik gambar mula memainkan peranan. He he he. Ini grup-grup memotong bawang merah, bawang putih dan daun sawi. Biasalah tangan bergerak mulut pun bergerak. Adat rewang barulah meriah.


Kaum Adam pula sibuk memotong daging. Daging merupakan bahan utama dalam bubur lambuk lambak. Mereka ini pakar memotong daging. He he he.

Kaum Adam pula sibuk memotong daging. Daging merupakan bahan utama dalam bubur lambuk lambak. Mereka ini pakar memotong daging. He he he.

Ini pulak aktiviti pose dengan tukang masak. Kiranya bubur lambuk lambak ini sudah siap. Walla. Memang harum.



Bubur lambuk lambak sudah siap sepenuhnya. Tinggal untuk dimakna sahaja.

p/s: Best merewang.

2010/08/23

Eshal: 19 Weeks

Ramadhan 13
 
Eshal Numa ketika 19 minggu:

Kegemaran: senyum, berbual dengan Mummy, menangkap kaki sendiri.
Makanan: Susu Mummy, Dutch Lady Frisolac Gold 1, Mead Johnson Enfalac A+
Minuman: Susu Mummy, Dutch Lady Frisolac Gold 1, Mead Johnson Enfalac A+
Kebolehan Sekarang: megiring sendiri, berlatih duduk panjat tiang dengan bantuan dan menyiarap.

Eshal lebih mengemari Dutch Lady Frisolac Gold 1 berbanding Mead Johnson Enfalac A+. Maka Kami sudah bersepakat memberikan Eshal Dutch Lady Frisolac Gold 1 untuk tambahan susu Mummynya. Kami ada buat berbanding kandungan nutrasi seperti DHA dan ARA kedua-dua susu formula ini. Mungkin Kami akan menambah minyak ikan dalam makanan Eshal apabila Eshal sudah putus susu.

Eshal kini gemar berjalan-jalan. Sukar ditinggalkan. He he he. Jika di Teratak 60, Eshal tidak boleh ditinggal keseorangan mesti mencari Mummynya dan Daddynya. He he he. Sudah pandai cari akal. He he he. Lebih-lebih lagi mencari Mummynya .

p/s::D

2010/08/20

Petikan Maut

Ramadhan 10

Sahur pagi tadi Aq menonton filem Maut arahan Bade di Astro Ria

"Jamil, mari rasa ni Mil" nenek memanggil Jamil suruh rasa madu rasanya

"Sedap tak?"

Jamil angguk

"Ketahui la Jamil, kesedapan dan kesenangan itu adalah milik Allah. Kita harus mempercayai Allah"

2010/08/19

Eshal In Nikkor 50mm

Ramadhan 9

Ini aksi Eshal dengan Nikkor 50mm. Nice. He he he. Ketika ini Kami di Jaya Jusco Tebrau City. Jalan-jalan sahaja. Eshal pantang nampak Nikon D40X mesti bergaya malah dengan N73 Mummy Eshal pun, Eshal sentiasa bersedia untuk bergambar.

Ini pulak Eshal tengah main buih-buih di mulutnya. He he he. Tengah berlatih buat balloon daripada air liur Eshal. Pstt.

Kebolehan Eshal yang baru boleh mendandan rambut Mummynya. Hobi baru Eshal akan menarik rambut Mummy sekuat hati. He he he.

p/s: Chomel

2010/08/18

Orang Kecil

Ramadhan 8

Tersesak dalam cita, diuji dan diduga
Namun aku ini hanya orang kecil

Jauhnya cinta, jauhnya bahagia
Lelah gelita, kosongnya jiwa
Ku impikan bulan, ku terjatuh di bintang
Bersyukur apa ada, ku ‘kan sampai ke sana

Hari ini ku lihat teman ku dan separuhnya bersatu
Ku lupa betapa indahnya kehidupan yang sebenar

Tersungkur bangun lagi, komplikasi duniawi
Namun aku ini hanya orang kecil
wani ardy-orang kecil


p/s: kesimpulnya bersyukur, jangan riak.

2010/08/17

Beautiful is Pain: Second Appointment

Ramadhan 7

Hari sabtu yang lepas. Aq kembali ke Klinik Pergigian Uda untuk temujanji kali kedua setelah 6 minggu memakai braces. Selepas menjemput Cat, Kami terus ke Klinik Pergigian Uda. Dentist  cuma memasang orthodontic elastic band. Semasa mula memasang orthodontic elastic band terasa kesakitannya. Ini adalah tujuan menjarakkan sedidkit gigi Aq kerana bakal satu gigi geraham kecil akan dicabut kelak. Ini gara-gara gigi geraham besar Aq rosak telah dicabut. Huhuhu.

p/s: So lagi dua minggu Aq akan berjumpa semula dengan dentist.

2010/08/16

Eshal: 18 Weeks

Ramadhan 6

Eshal Numa ketika 18 minggu:

Kegemaran: senyum, berbual dengan Mummy, menangkap kaki sendiri.
Makanan: Susu Mummy, Dutch Lady Frisolac Gold 1.
Minuman: Susu Mummy, Dutch Lady Frisolac Gold 1.
Kebolehan Sekarang: menangkap kaki sendiri, ingin minum melalui bottle Rubbermaid, berlatih duduk dan menarik rambut mummy

Alhamduillah. Eshal sudah sembuh daripada first fever. Orang tua cakap "minta upah". He he he. Eshal semakin aktif dengan membuat banyak pergerakan. Ya budak dah 4 bulan. He he he. Eshal kurang menerima Mead Johnson Enfalac A+, menyebabkan Kami bercadang menukarkannya kepada susu formula yang lebih lemak rasanya. Maka Kami menukarnya kepada Dutch Lady Frisolac Gold 1. Try. Jika tidak tukar kepada Mead Johnson Enfalac A+ balik. He he he.

Eshal sekarang suka main kakinya sendiri. Ini atas latihan Mummynya di awal pagi Ahad yang lepas. Akhirnya Eshal sudah boleh main Lamaze Gardenbug  Foot Finder and Wrist Rattle Set pemberian Pyau semasa Eshal dalam hari lagi. Yeah. Harap tiap pagi Eshal buat macam ini eh.

Lagi satu kegemaran Eshal adalah menarik rambut Mummynya. Kadang-kadang Aq tengok Eshal seolah-olah mendandan rambut Mummynya. He he he. Dekat Aq pulak Eshal suka tarik janggut, cermin mata dan baju Aq. He he he. Yeah. Ada lagi satu aksi kelakar dimana Eshal ingin benar minum air daripada bottle Rubbermaid. Walla. Mungkin haus. 

p/s::D

2010/08/13

Bubur Lambuk

Ramadhan 3

Semalam Aq pertama kali memasak dan menyajikan bubur lambuk. He he he. Itu pun Aq ikut resepi daripada Cat.

Bahan-Bahan;

Ayam dipotong halus-halus
Udang saiz kecil

Bahan A
* 2 kuntum cengkih
* 2 biji buah pelaga
* 1 kuntum bunga lawang
* 1 batang kayu manis.
* 1 bawang putih dihiris halus
* 1/2 bawang besar dihiris halus

Bahan B
* halia sebesar ibu jari
* 1 1/2 bawang besar
* 1 bawang putih
*  segegam udang kering

Bahan C
* lada sula
* 1 1/2  beras
* garam

Bahan Hiasan
* daun sup potong halus-halus
* kacang goreng

Cara-cara penyediaan

Pertama, tumbuk bahan-bahan B. Panaskan minyak, dan kemudian tumis bahan-bahan A sehingga menghasilakan aroma kemudian tumiskan bahan-bahan B

Kedua, masukkan ayam dan udang yang telah dipotong halus sehingga daging ayam menjadi putih.

Ketiga, masukkan airkan sebanyak 3 hingga 4 cawan. Buka api sehingga tahap maksimum. Apabila air mula mendidih masukkan bahna-bahan C.

Sementara itu bolehlah sediakan bahan hiasan. Semalam Aq goreng kacang sehingga hangus. Dan Cat gelarkan kacang itu, Kofi Annan. He he he.

Masa penyedian hampir 2 jam sebab Aq pergi beli udang dan duan sup. Terkial-kial  sediakan semua bahan-bahan di atas. Kekok katakan. Ha ha ha. Akhirnya kami buka dengan Susu Dutchlady perisa Coklat. Barulah makan bubur lambok yang Aq masak. Thanks Cat.

p/s: best jug dapat sedikan bubur lambuk. ha ha ha

2010/08/12

Aksi Eshal di Kuala Lumpur

Ramadhan 2

Aksi-aksi Eshal di Kuala Lumpur tempoh hari. Foto-foto kandid daripada Nikon D40X dapat merkam aksi kandid Eshal. Foto pertama adalah foto di mana aksi Eshal teringin minum orange jus Sunkist. He he he. Ini hanya lakonan jangn terdaya. Kotak Sunkist Orange Juice ini ada tempat meletak straw di tengah-tengah kotaknya. Sila jangn koyak kotak tersebut.  He he he.

Ini adalah ability Eshal yang terbaru ingin memanjat tepi pintu Kuntum dan ingin melihat apa yang berlaku diluar sana. Aksi ini Cat yang rakam kerana Aq sedang memandu Kuntum disekitar MidValley Megamall mencari jalan keluar ke Bangsar. He he he.

Ini pula aksi Eshal bermain MULA bead roller coaster milik Zara. He he he. Sabar Eshal. Kelak Daddy dan Mummy belikan eh. He he he. Eshal akan fokus lebih jika menjumpai permainan yang diminatinya. He he he. Nanti Eshal sudah boleh duduk. Kami akan membelinya. Tunggu eh Eshal.
Ini aksi Eshal bermain dan berkomukasi dengan Zara. Main pondok-pondo dengan Zara. He he he. Best.

p/s: kejap lagi try masak bubur lambok.

2010/08/11

Ramadhan Al-Mubarak 2010

Ramadhan 1

Daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. “Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah , akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.”
(Hadith riwayat Al-Bukhari)


p/s: Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

2010/08/10

First Fever

First fever for Eshal. Hehehe. Memang cuak. Aq sangat takut. Eshal seperti biasa bermain dan aktif menyebabkan Kami kurang menyedari Eshal sudah deman. Apabila petang Cat amik Pegion Baby Digital Termometer untuk check suhu badan Eshal. Pegion Baby Digital Termometerini hampeh sikit, amik suhu selama 5 minit. Aq juga yang beli kelam-kabut. Huhuhu.

37.6 darjah celcius.

Terus Kami bersiap untuk ke Klinik Al-Azim cawangan Bukit Baru, Melaka. Muka Eshal sudah mula kemerahan. MD check mengunakan Infared Termometer. 38 darjah celcius. MD tanya Cat macamana tahu Eshal deman. Cat cakap check dengan termometer. Kena bagi ubat 1.5 ml 250ml Paracetamol perisa orange.

Eshal juga dijeram dengan air asam dan bunya raya supaya panas tidak naik mendadak. Setiap jam jeram dengan air asam. Kemudian dengan bunga raya. Amik beberapa helaian bunga raya dan perah didalam air supaya bendalir bunga raya keluar. Kemudian sapukan di atas kepala.

Menjelang malam mula kurang. Alhamduillah. Kena juga kerap bagi susu. He he he. Setiap  jam Aq terjaga untuk jeram kepala Eshal dengan air bunga raya sehingga menjelang pagi. Alhamduillah sudah berkuangan.

p/s: Cat MC hari ini, Cat dapat jangkitan daripada Eshal.

2010/08/09

Eshal: 17 Weeks



Eshal Numa ketika 17 minggu:

Kegemaran: senyum, berbual dengan Mummy,Pe-Ka-Boom dengan Mummy
Makanan: Susu Mummy, Mead Johnson Enfalac A+.
Minuman: Susu Mummy, Mead Johnson Enfalac A+.
Kebolehan Sekarang: berinteraksi dengan Mummy berbual sakan, gelak besar apabila digeletek, tengok panaroma luar daripada dalam Kuntum dan shooping di Ikea
Tempat yang dilawati: Melaka, Cyberjaya dan Ikea, Kota Damansara.

Hari Jumaat lalu Aq mendapat panggilan temuduga di MIGHT, Cyberjaya. Semoga berjaya dan memperlohinya. Amin. Dengan kesempatan yang ada Kami bercadang jalan-jalan di Ikea, Kota Damansara dan berjumpa dengan rakan-rakan lain dari Melaka.

Di Cyberjaya Aq tersesat unutk mencari Jalan Teknorat 5. Pusing-pusing. Alhamduillah Aq jumpa juga sebelum jam 1000. Sementara Aq di temuduga, Cat, Eshal dan Anis duduk didalam Kuntum. Memang panas di Cyberjaya. Setelah 2 jam barulah Kami beredar ke Ikea.

Bermulalah berwindow shopping dan bershopping. Pusing-pusing di showroom Ikea memang dapat mengenangkan fikiran walaupun banyak kali pergi. Mula terasa lapar. Meatballs Ikea menjadi pilihan utama. Yum yum. Setelah kenyang Kami sambung erwindow shopping dan bershopping. Aq punya impian hanya membelikan Eshal TITTA DJUR finger puppet. Yeah dapat juga. Next time trip hendak belikan Eshal ANTILOP highchair with safety belt dan MULA bead roller coaster. He he he.

Kemudian Kami ke rumah Fay di Lembah Pantai, supaya Eshal dapat berehat dan mandi sebentar. Dapat juga Fay dan Zara bermain dengan Eshal. Apabila Fay dukung Eshal, Zara He he he. Okay dapat berehat. Dalam jam 2200 barulah Kami tiba di Melaka. Kesokkan.

Kesokkan. Eshal didapati deman. Kira first fever Eshal. Menjelang petang baru Kami perasan kerana Eshal setiansa aktif walaupun Eshal deman. Terus Kami ke Klinik Al-Azim cawangan Bukit Baru di Melaka. Besoklah Aq bercerita.

p/s: Tengahari pulang ke Teratak 60. Alhamduillah sudah baik.

2010/08/06

Apabila . . . .



Apabila engkau orang tension dengan superior atau boss engkauorang.

Tengok video klip ini dan bayangkan engkauorang punya GM, ManagerKoparat Affair dan Superior berada didalam video klip di atas. PAsti hilang rasa panas engkauorang terhadap mereka. He he he.

Jika tidak, cari kerja tempat lain.

p/s: idea cat.

2010/08/05

For Better Price

He he he.

Eshal sudah dua kali mendapat Rotavirus dan Pneumococcal Vaccine. Sebelum ini Kami ada mendapat survey di dalam beberapa klinik sebelum Eshal mendapat kedua-dua vaccine ini. 

Di Muo, di Klinik Er, Pneumococcal Vaccine berharga RM 230.00 ++, Rotavirus RM 190.00 ++. Agak terkejut. He he he. Pneumococcal Vaccine kena amik 4 dos manakala Rotavirus 2 dos kira sendiri. Kemudian di JB, Klinik Fatimah, Taman Universiti Pneumococcal Vaccine berharga RM 280.00 ++ manakala Rotavirus tidak tahu. Harga ini berdasarkan maklumat daripada Sir Rog.

Kemudian Kami ke Pead, Hospital Pakar Putri, Pneumococcal Vaccine berharga RM 200.00 ++, Rotavirus RM 145.00 ++. Wah murah terus Kami membenarkan Pead menyuntik Eshal. He he he. Kami memang selalu survey untuk semua benda dan memberikan pulangan yang terbaik. He he he.

p/s: walla.

Competency

Dalam Wikipedia Compentence bermaksud  is a standardized requirement for an individual to properly perform a specific job. Hari ini Aq mahu cerita kisah di Poliklinik Penawar. Ahad yang lepas kami ke Poliklinik Penawar cawangan Sri Pulai lebih kurang jam 1515 bagi mendapat rawatan jari Eshal. Kami ingin mendapatkan padangan daripada MD. Apa yang kami harapakan. Erm.

Boleh pulak MD menyanyi-menyanyi semasa Eshal mendapatkan rawatan. Jawapan pun tidak solid dan tidak professionalism. Panggil kedalam mendapat rawatan pun lambat. Erm sia-sia amik MD selama 5 tahun. Nasib baik klinik panel. Oragnisasi yang keluarkan duit. He he he.

Semasa Aq menonton Crime Scene Investigation (CSI) di channel AXN, baru perasaan beretika sungguh ketika mereka menjalankan tugas. Walau sekadar lakonan. Ketika mereka melaksanakan tugas. Memakai lab coat, memakai glove dan mengikut peraturan membuat mereka bergitu compentence. Kagum

p/s: superior Aq minum air dan tidak berglove dalam makmal. Hak

2010/08/03

Sebamed

image from baby sebamed

Kepada rakan-rakan diluar sana. Sila ke Tesco sebelum 4hb Ogos 2010 untuk mendapatkan produk sebamed dengan harag murah. Sebamed Baby Bubble Bath yang besar pada harga RM 35.90 daripada harga pasaran atau harga sebelumnya RM 41.00. Kemundian tambah RM 1.00 dapat Sebamed Baby Lotion pada harga pasaran RM 13.99. Murahkan dan menjimatkan. Kira berapa engkau orang pada jimatkan

Eshal daripada lahir lagi Kami telah pakai dengan Sebamed. Itu sebab Aq tidak suka unsur SLES atau Sodium Lauryl Ether Sulfate dalam produk mandian. Memang perkara ini tidak boleh dielakan melainkan menggunakan produk berunsur natural dan aqua base. Sejak itu, Eshal pakai produk sebamed seperti ebamed Baby Bubble Bath, Sebamed Baby Lotion Sebamed Children's Shampoo dan Sebamed Baby Diaper Rash Cream. Sepanjang Eshal memakainya tiada sebarang alahan. Alhamduillah.

Selain itu Aq mengelak produk yang mengandungi mineral oil. Sangat tidak sesuai dengan kulit bayi. Kerana strukur kimia pada mineral oil dan kulit manusia sangat berbeza. Kami mengunakan Minyak Kelapa Dara sebagai pengganti. He he he. Bab bedak atau baby powder, Kami menggunakan corn stach based dan tidak mengunakan talc based. Kulit Eshal sangat tidak sesuai. Eshal akan kemerah-mearah jika menggunakan talc based

Hari ini GM Aq tegur Aq, rahsianya Aq pakai new tie from Topman. Hahaha.

p/s: sharing is caring.

2010/08/02

Eshal: 16 Weeks


Eshal Numa ketika 16 minggu:

Kegemaran: senyum, berbual dengan Mummy, peluk tangan Mummy masa hendak tidur. erm. Jeles
Makanan: Susu Mummy, Mead Johnson Enfalac A+.
Minuman: Susu Mummy, Mead Johnson Enfalac A+.
Kebolehan Sekarang: berinteraksi dengan Mummy berbual sakan, gelak besar apabila digeletek, tidur peluk tangan mummy dan pengang Playskool Gloworld Clip 'N Go Rattle

Setelah 3 hari Aq berkhusus di Universiti Putra Malaysia, kerinduaan terhadap Eshal bertambah. Bagaimana? Keadaaan Cat dan Eshal. Pulang sahaja ke Teratak 60 di Pulai Indah. Aq terlihat ada perbezaan pada Eshal. Tangan kanan Eshal pada jari telunjuk ada sedikit bengkak. Macam Left Hand Midori. Tapi Eshal, Right Hand Eshal. Boleh tonton di Midori No Hibi. Eshal dipakaikan sarung tangan supaya Eshal tidak hisap jarinya.

Keesokkan hari Kami ke klinik berdekatan, malangnya klinik rehat kerana tutup. Maka Kami meneruskan perjalanan ke Punggor, Rengit. Eshal mendapatkan rawatan di Klinik Rengit. MD disana menasihatkan supaya Eshal tidak hisap jari. Kerana jari telunjuk Eshal mendapat infection daripada mulut Eshal ketika Eshal hisap jari. Kena minum 1.2ml antibiotik selama tiga hari. 

Eshal memang tidak tahan panas. Bila tiba di Punggor perlu halakan kipas kepadanya. Bila malam disini sejuk sangat. Sampai berus gigi pun tidak sanggup. Eshal mengaruk. Huh. ketika itu Kami pergi ke Majlis Walimah di depan rumah sahaja. Risau Atuk dan Nenek Eshal dibuatnya. He he he.

Keesokan hari, Kami ke Klinik Penawar cawangan Taman Sri Pulai. Untuk mendapatkan second opinion daripada MD. Erm buat sakit hati je. Tidak professionalism langsung. Sia-sia belajar ekita kedoktoran. Selepas Eshal mendapatkan rawatan di Klinik Rengit, jari telunjuk berasnur pulih. Alhamduillah.

Kemudian kami ke Toy R' Us, Jaya Jusco Tebrau City. Wah. Semua mainan Eshal sentuh. Teruja melihat Eshal pergi pusingkan satu mainan berunsur kipas. He he he. Lalu Kami belikan Eshal Playskool Gloworld Clip 'N Go Rattle unutk digantungkan pada KaKa. He he he.
Terus Eshal bermain dengan Playskool Gloworld Clip 'N Go Rattle. Yeah.

p/s: Besok Aq ingin try new tie daripada Topman. Walla

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails