2009/07/30

Teratak 91

Kemas, kemas, kemas

Hampir siap mengemas teratak baru. Dari membasuh, pindahkan barang dengan bantuan si gagah Hint dan Myself disertai dengan kenderaan Antoy, memasang katil, menyusun barang. Semuanya berjalan dengan lancar.

Sengal-sengal, letih-letih, sakit-sakit mula terasa.

p/s: Terima kasih kepada Hint, Myself dan Antoy memberi pertolongan kepada kami. Thanks ya!!!

2009/07/25

Trouble Is A Friend



Trouble is a friend or Friend is a trouble. Kadang kala kawan menyusahkan kawan juga.

p/s: Tengah betapa sambil mendengar The Show - Lenka.

2009/07/16

Happy Birthday

Semoga panjang umur dan murah rezeki. Ini kupon khas itu.

2009/07/08

Medan Trip: Jadi Watak Tepi Dalam Foto Mereka

Hujung bulan Jun yang lalu, Aq dan Cat terbang ke Kota Medan dan Danau Toba. Pergi ketika H1N1 tengah melular. Alhamduillah segalanya selamat. Sebenarnya Aq sangat sibuk urusan kerja sehingga tiada masa untuk membebel mengenai jalan-jalan di Kota Medan dan Danau Toba.
Maka Aq ceduk gambar daripada Facebook mereka. Untuk bebelan kali ini Aq menjadi watak tepi dalam gambar utama mereka.
Semasa di atas feri untuk ke Pulau Samsoir.
Tengah bayar tambang Pak Supir dan Kijang untuk pergi balik Kota Medan - Danau Toba.
Menjamu selera di Restoren Garuda, masakan nasi padang.
p/s: Akan update daripada D 40X Aq.

2009/07/07

Tantra Totem


PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT .
Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.

KELIMA.
Apabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS. Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

p/s: mendapat kata-kata hikmat di pagi hari

2009/07/06

Majulah Singapura

Kisah Abang Romeo.

"Saya beli selipar cap buaya ini dekat Singapura dekat Malaysia tidak keluar lagi."

"Berbelanjalah di Singapura banyak jualan murah-murah."

"Berbelanjalah di Singapura semuanya terkini."

"Kalau khawin nanti berbelanjalah di Singapura."

Hari ini semasa perhimpunan bulanan.

" Jangan melawat Singapura ada H1N1 "

p/s: Geram semua benda Aq ada mesti hendak ada juga.

2009/07/02

Doa Ketika Wabak


Doa ketika wabak, Admin sudah sebarkan doa ini. Aq baru teringat setelah pulang dari Medan.

p/s: Para penumpang AK 457 dan rakan-rakan mari amalkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails