2005/06/30

A Lot Like Love


This movie sudah lama keluar, sesiapa yang freaky wayang itu mesti sudah tengok movie nie kan? Movie A Lot Like Love sebenarnya Aq tidak lah teringin tonton sangat tetapi sudah boring duduk dekat sini maka Ipan dan Kyoe mengajak Aq menonton movie ini dekat Catahy Cineplexes.

A Lot Like Love ini mengisahkan bagaimana Oliver (Asthon Kucther) dan Emily (Amanda Pett) telah berjumpa ketika flight mereka dari Los Angeles ke New York. Disitula bermulanya kisah dalam A Lot Like Love ,dan selepas Oliver dan Emily sering bertemu untuk mercerita masalah percintaan yang mereka hadapi. Tahun demi tahun sehingga tahun ke-7 perkenalan mereka, baru Oliver merasa dirinya tidak berguna kerana impiannya yang telah dia cerita dekat Emily gagal. Setelah Oliver mendapat nasihat daripada abangnya, Oliver bergegas mendapat Emily untuk melafazkan harsatnya semasa tahun 1 perkenalannya. Setelah Oliver mendapat Emily, barulah Oliver mentahui Emily sudah bertunang. Pada keadaan yg sama, Emily hatinya terbelah bagi antara Oliver dan tunangnya. Akhirnya Emily memutuskan perikatan tunangnya. Setelah putus tunang barulah Emily tahu Oliver akan melangsung perkawinan tapi itu merupakan salah faham perkawinan itu adalah untuk adik Oliver. *begitulah A Lot Like Love*

2005/06/29

What Happen to World Today?

what happen to world today?

engkau orang mesti sudah tengok dan sudah baca story ini yang berlaku semalam. Gambar ini menunujukan perilaku manusia tidak seperti manusia lagi. Semalam dekat Kepala Batas ada seorang yang kepala 3 suku agaknye telah merempuh sebuah perhimpunan murid di sebuah sekolah dengan Proton Waja. 17 murid cedera dan 5 daripadanya terperlusuk kat bawah Proton Waja ini. Apalah manusia zaman sekarang nie da boleh memikir secara normal lagi ke? Aq harap sesiapa yang belum baca berita beli la surat kabar cepat-cepat eh.

*fikiran*

2005/06/28

Initial D

*yeah*

At last movie Initial D sudah pun aku tonton. Initial D memang best. Dua jari terangkat. Kepada sesiapa yang belum tonton this movie Aq galakkan pegilah tonton this movie terutamanya kepada freaky wayang itu.

This movie about the fastest street racer kat Mt. Akina. Kisahnya mengisah seorang remaja - Takumi Fujiwara (Jay Chou) berumur 18 tahun yang kerja menghantar bekalan tafu untuk kedai bapak dia. Dan setelah memandu kereta Toyata Lavin milik bapaknya selama 5 tahun Takumi mula menjadi racer yang terpantas di Mt. Akina dan mempunyai skill drift yang tinggi. Dan hari demi hari dia mula di cabar oleh racer yang lebih professional iaitu Ryousuke Takahashi (Edison Chen), Takeshi Nakazato (Shawn Yue) dan Kyouichi Sudau (Jordan Chan). Takumi juga terperangkap dengan love at first sight kepada gadis bernama Natsuki Nogi (Anne Suzuki). Jalan movie Initial D memang best dengan sceen lumba drift di Mt. Akina. Initial D berakhir dengan Takumi putus cinta denngan Natsuki dan akhirnya Takumi mejadi racer professional setelah memasuki team Ryousuke.

2005/06/27

Rebound

….ah no…..

I don’t want to tell you all this shit but I must tell this news walaupun smell like shit.

Harbone sudah tiada lagi tetapi Aq ganti dengan yang baru ‘A Journey Beyond’ so all my entire friend dekat Malaysia and in this Friendster terima lah ‘A Journey Beyond’

dalam ‘A Journey Beyond’ Aq akan komentarkan isu-isu hangat dan terkini dalam life Aq

wokey and *chow

2005/06/26

Just a Wish

*woi*

Just want make a wish.

Congratulation to my brother - Pyau becouse engkau dapat tawaran Seni Bina di Universiti Kebangsaan Malaysia . Nasihat study smart dude! Jangan malas macam Aq
.

2005/06/23

Boring And Fell Sick

Yesterday...

Adalah hari paling bosan Aq hadapi nothing new happen berlaku dekat Aq punya life. Hanya masa muda Aq habis dengan menunggu sesuatu. Lepak di depan PC8, Bilik Komputer, Sekolah Sain s & Teknologi sambil membebel keseorangan dan termenung bila seksaan ini berakhir. Semalam Aq hanya lepak menunggu mendownload Naruto Anime episod 135 - 139 selama 2 jam. Episod baru ini lagi oi. Bila layan Naruto memang hilang kebosanan Aq. Erm. Lepas hais layan Naruto secara tiba-tiba unsur-unsur bosan datang balik didalam diri Aq. Tengah baring-baring termenung, Aq terus mengajak Ipan dan Kyoe ke Bukit Bendera, Kota Kinabalu. Permandangan di sana memang best nampak seluruh Bandaraya Kota Kinabalu, terubatlah sedikit kebosanan Aq di sini. Selepas lepak-lepak buang masa, Kitaorang cadang hendak masak spaghetti. Memang best spaghetti semalam tabik spring Aq terhadap Ipan dan Kyoe. Tidak lupa juga kepada brother Das dengan resepi yang terbaik. Oh. Akan tetapi malam tadi Aq sakit perut dan muntah-muntah teruk yang amat sangat. Kena berlari-lari ke washrooms. Adeh!!! penatnya.

Today...

Nothing special dan masih membebel macam biasa di PC8, but I fell beeter walaupun masih rasa kesakitan semalam. Marish thank for your comment. Akhirnya boleh juga Aq berborak dengan engkau walaupun engkau masih berada Klang. Nanti engkau sampaikan salam Aq dekat Das dan lain-lain okay. May be hari ini Aq layan movie Ghost Train yang tidak habis tonton semalam.

2005/06/22

Goodbye NBA 1250

Ini Aq tidak tahu lah berita sedih atau berita gembira

Bapak Aq sudah tolak kereta Kancil family Aq NBA 1250 dan bapak Aq ingin ganti dengan kereta baru iaitu MyVi. Mungkin MyVi Kami perolehi September ini, rasanya tidak sabar balik Semanjung Malaysia dan memandu MyVi pusing sekitar Seremban. Erm. Kancil NBA 1250 sudah lama Kami pakai, 6 tahun rasanya dan turun naik dari Seremban ke Johor Bahru dan dari Johor Bahru ke Seremban. Dengan NBA 1250 juga pernah accident teruk sampai Aq fobia bawa kereta. Tetapi tidak mengapa lah Aq sudah dapat pakai MyVi baru kelak. Tiba-tiba sahaja rasa best pula dapat keta baru nie. MyVi tunggu Aq balik Negeri Sembilan Setember ini.

2005/06/21

Tolerable Holiday

Aq rasa cuti semester kali ini adalah yang paling bosan dan tolerable. Rakan-rakan yang lain semua cuti bagai hendak rak manakala Aq terperangkap dalam project final year yang tidak bermula lagi sampai sekarang. Project final year Aq sangkut sebab surat pengambilan sampel orchid di kawasan perhutanan Tambunan ttidak mendapat sebarang balasan apa-apa daripada pihak sana. Boring betul tunggu jawapan nearly 3 weeks. Aq  rasa macam orang bodoh pula menunggu buah yang tidak gugur. Antara penyebab lain menyebabkan cuti Aq kurang seronok ;

# 1 - Handphone Nokia 6100 Aq rosak masa hendak dekat-dekat cuti hari tu (cuti Aq start 18 Mac 2005)

# 2 - Acer Travelmate 240 LCDnya rosak erm tidak sempat membaikinya.

# 3 - Sampai sahaja Negeri Sembilan Aq kena saman sebab red light, habis RM 200 Aq melayang

# 4 - Aq tidak dapat jumpa T.K, Usop, dan ramai lagi rakan-rakan tidak sempat hendak jumpa dan makan besar dengan mereka.

# 5 - Kena marah dekat Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia.

#6 - Delete

# 7 - terpaksa duduk kat kg e yg busan giler (penjara) selama 2 minggu

# 8 - Delete

 # 9 - Tidak dapat datang wedding cousin Aq, Kak Intan dan  wedding Mash.

2005/06/20

At Last!!! Kudat

Semalam Aq baru balik tengok sunrise di Tips of Borneo atau nama lain Simpang Mangazau. Aq rasa travel Aq yang paling memcabar, best dan gila sebab Kitaorang pergi dengan menunggang motor. Travel ke Tips of Borneo ini. Aq bergerak seramai 3 orang iaitu Aq, Kyoe dan Ipan. Kos perjalanan tidaklah mahal sangat cuma berbelanja Ringgit Malaysia 30 sahaja untuk kos minyak. Kenderaan yang kitaorang gunakan adalah Honda EX-5 milik Wak Moon dan Yamaha RX- milik Agul. Kalu sesiapa yang pernah pergi Tips of Borneo mesti tidak percaya. Engkau orang tauhkan ? Jalan ke Tips of Borneo itu 3/4 berturap dan 1/4 tidak berturap. Perjalanan kita orang ke tTips of Borneo itu sepanjang 170 km dari Kota Kinabalu (jauh oi). Masa perjalanan pula mengambil 4jam untuk pergi dan 4 jam untuk pulang.

Travel nkali ini bermula dengan cadangan Ipan untuk melihat sun set dekat Tips of Borneo, akan tetapi kitaorang ubah plan bergerak malam untuk melihat sun rise. Perjalanan ini bermula pada 0115 dari Shell berhampiran Kawasan Perumahan Kingfisher. Sepanjang perjalanan memang best + seram + enjoy = giler. Bab best masa tengok bulan mengambang hampir penuh dan kelihatan bintang-bintang, bab seram apabila trafic suram sahaja dan jalan yang gelap, bab enjoy pula masa pukul 0558 - 0600 tengok sun rise, burung-burung mula mencariperiuk nasi diaorang dan nelayan mula hidup enjin bot masing-masing. Kitaorang sampai kat tips of borneo lebih kurang 0515 masa tu aku tergaman macam tak sangka aku boleh sampai hanya bermotor sahaja. Kitaorangg balik dari Tips of Borneo dalam jam 0730, masa balik kitaorg penat  dan sampai dekat rumah lebih kurang 1118. Dan baring dekat katil dan terus tidur.

p/s: terubat la sikit holiday aku yang suck ini, mungkin kitaorang akan pergi ke Labuan  dengan kederaan yg sama.

2005/06/17

Dewa: Pupus

Sesiapa yang meminati band Dewa, band daripada Indonesia mesti pernah dengar lagu ini, sesiapa yang belum dengar lagu dan album ini. Harap dengar eh engkau orang kerana alunan music band Dewa adalah fusion jazz. Memang best. Untuk engkau orang  berlajar history mereka boleh ketik web site rasmi Band Dewa. Dand Dewa sekarang dah keluar album baru mereka iaitu Laskar Cinta, dan album terbaru mereka ini lebih best dengan lagu hitz mereka Satu, Atas Nama Cinta dan Hidup Ini Indah.

Lagu   : Pupus
Album: Cintailah Cinta  (2002)
Artist  : Dewa
 
Aku tak mengerti … apa yang kurasa,
Rindu yang tak pernah … begitu hebatnya
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu …

Meski kau tak akan pernah tahu
Aku persembahkan … hidupku untukmu,
Telah kurelakan … hatiku padamu,
Namun kau masih bisu … diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara …
 
Reff
 
Baru kusadari …
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk seluruh hatiku …
Semoga waktu akan mengilhami sisi hatimu yang beku,
Semoga akan datang keajaiban, hingga akhirnya kaupun mau
 
Aku mencintaimu
Lebih dari yang kau tahu …
Meski kau tak kan pernah tahu …

2005/06/01

Harbone, A Journey Beyond, Bebelan Anak Tukang Jahit

1 June 2005. 

Adalah tarikh yang dipilih sebagai tanda penglibatan Aku dalam penulisan Blog. Pada awalnya Aku mengunakan Friendster Blog sebagai kanvas meluah perasaan. Selepas setahun Aku beralih ke Blogger. Aku merasakan perlu menggabungkan entri-entri lama di dalam A Journey Beyond ke dalam Bebelan Anak Tukang Jahit.

Tanggal 1 Jun 2005 lahirnya Harbone sebagai kanvas pertama untuk Aku meluahkan perasaan, rasa hati, informasi dan foto-foto. Tanggal 17 Jun 2005 lahirnya A Journey Beyond dalam Freindster Blog. Manakala tanggal 21 Jun 2006 lahirnya Bebelan Anak Tukang Jahit dalam Blogger menjadi perantaraan.

p/s: ini adalah entri untuk pemberitahuan pergabungan entri A Journey Beyond dan Bebelan Anak Tukang Jahit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails