2011/05/23

Measles

Aku baru sahaja sampai Johor Bahru tepat jam 0746, Cat memang laju. Kami bertolak jam 0600 tadi daripada Muar. Eshal kini di Muar untuk mendapat rawatan susulan kerana Eshal di dapati menghidapi Measles iaitu deman Campak. Terjawablah persoalan bahawa Eshal sangat sensitif dengan cahaya, badan berbintik dan menangis ketika Cat mandikan Eshal di Rengit. Seminggu Eshal di Muar.

Disini ada sedikit info daripada Kementerian Kesihatan

Pengenalan
Campak merupakan penyakit mudah berjangkit yang selalunya menyerang kanak-kanak , namun ia juga boleh berlaku pada semua peringkat umur. 90% kontak yang tidak berimunisasi berada berdekatan pesakit akan dijangkiti dengan mudah. Ia menjangkiti sistem respiratori dan menyebabkan ruam kulit. Seseorang boleh dijangkiti selama 1 hingga 2 hari sebelum tanda tanda dapat dilihat dan sehingga 4 hari setelah ruam timbul.

Ia disebarkan melalui bersin, batuk dan bahan terjangkit dan permukaan yang terdedah kepada pesakit. Campak boleh menjadi serius dan membawa kematian kepada sesetengah kanak kanak dan setiap tahun dianggarkan 30 juta hingga 40 juta kes campak berlaku seluruh dunia menyebabkan lebih dari 75,0000 kematian. Orang yang telah dijangkiti campak akan membentuk imuniti semulajadi.

Tanda dan Gejala
Gejala bermula 10 – 12 hari selepas terdedah dengan pesakit, Gejala awal adalah seperti hidung berair, batuk, hidung tersumbat, mata merah, sakit otot , sensitif terhadap cahaya dan demam. Selepas 2 hingga 4 hari gejala tadi, ruam badan dan tompokan putih di dalam mulut mula timbul.

Ruam bermula di kepala dan merebak ke bahagian lain, berkembang ke bawah dan bersatu antara satu sama lain. Ia akan beransur hilang dalam masa 4 hari sebagaimana tempoh ia berlaku.

Komplikasi
Kebanyakan pesakit campak akan sembuh sepenuhnya , namun ada sesetengah yang akan menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan komplikasi lain berlaku antaranya:
Jangkitan telinga 
Pembesaran Nodus Limfa 
Inflamasi otak : 1 dalam 1000 kes campak 
Jangkitan paru paru 
Jangkitan bronkus 
Jangkitan peti suara 
Cirit birit atau muntah
Semasa mengandung, ia boleh menyebabkan kelahiran pramatang, keguguran atau bayi lahir kekurangan berat badan.

Kematian amat jarang berlaku ( satu atau dua daripada 1000 kes, selalunya disebabkan oleh jangkitan paru paru atau jangkitan otak.

Rawatan
Acetaminophen (paracetamol) untuk mengurangkan demam dan sakit badan.
Rehat (tidur ) dengan cukup.
Pelembab yang menyegarkan ruang respiratori (pernafasan) dan menghilangkan batuk.
Antibiotik diberikan kepada pesakit yang membentuk otitis media atau jangkitan kuman pada paru paru.
Pengasingan. 

Pencegahan
Di Malaysia, vaksin campak biasanya diberikan bersama sama vaksin beguk, dan rubella ketika berumur satu dan tujuh tahun. Orang yang tidak berimunisasi dan adik beradik perlu diasingkan dari pesakit.
info  from infosihat

p/s: rindu dengan Eshal

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails