2009/09/16

7010, Roadblock & Twins

Ramadhan 26


Banyak betul kebetulan hidup di dunia ini. Semasa menghantar Si Kuntum untuk di mandikan di Sutera Auto. Masa sibuk berbual dengan tukang mandi akan Si Kuntum lalu menyusur Civic generasi ke-7 menyusur masuk. Lantas si tukang mandikan berkata" Samalah, kembar eh?" Aq sekadar mampu tersenyum lantas mengambil gambar serta MMS kepada Cat. Kelakar betul. He he he.

Di tengah-tengah kesibukan melihat Si Kuntum dimandikan, kecohan berlaku berhampiran sekatan jalanraya apabila tindakan seorang pengguna jalanraya melanggar sekatan tersebut. Menjadi kecoh sebentara apabila para pekerja dan pengguna Sutera Auto keluar bagi mendapatkan liputan secara langsung. Aq sehingga di tanya oleh pegawai bertugas" Daripada suratkhabar mana?" Aq menjawab "Saya suka-suka amik gambar lebih baik encik cepat mengejar orang salah itu"

p/s: berhati-hati menggunakan jalanraya. sayangi keluarga anda.

2009/09/15

SK-II

Ramadhan 25

image from: melayuniaga.com

Baru-baru ini Cat mintak SK-II garu kepala juga Aq memikirnya, Si Kuntum lagi, barang-barang bakal baby dan hendak raya lagi. Tapi setelah di fikirkan sama macam pergi hantar Si Kuntum ke Pusat Service Sutera Auto. Tapi agak bernasib baik hanya mintak 6 bulan sekali. Kiranya RM 150 bahagikan dengan 6 bulan kira-kira RM25 sebulan. Kesannya lebih ketara berbanding dengan pencuci mukanya lain. Kulit Cat hanya terima produk Pure&Mild dan SKII setakat ini. Pure&Mild murah akan tetapi produknya ditarik daripada pasaran. Ini apa yang dipekatakan oleh perkerja Watson, Giant Muar.

p/s: Cat kata baby hendak mummy dia chantek???.

2009/09/14

Sugi, Chocolate Biscuit & Corn Flakes

Ramadhan 24


Acara hujung minggu di Teratak 91, Aq membantu Cat menyipakan beberapa jenis kuih-muih raya. Antara kuih yang kami bertungkus lumus siapkan adalah kuih sugi, biskut coklat disadur beras coklat dan korn flakes. Seronok perasaan buat kuih raya. Rupanya senang juga untuk melaksanakan tugas sebagai pembantu pembuat kuih. Aq fikir selama ini susah. Cuma ada aspek-aspek lain yang perlu teliti. He he he.

Tahun ini menjamah kuih isteri tiada lagi kuih tunjuk. Yeah. Sudah menghampiri raya nampak tidak sedar kehadiran Ramadhan yang begitu cepat berlalu.

p/s: Selamat Hari Raya.

2009/09/11

Senai Desaru Express (SDE) Highway

Ramadhan 21


Lebuhraya baru sudah dibuka antara Desaru-Pasir Gudang-Ulu Tiram-Senai. Memang pantas bergerak. Untuk tempoh sebulan ini SDE ini adalah percuma untuk pengguna dari Pasir Gudang-Ulu Tiram-Senai. Lebuhraya ini dapat mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Pasir GUdang yang sarat dengan kenderaan.

p/s: berhati-hati sedikit dijalanraya takut-takut anda terlanggar burung.

2009/09/10

Scrabble

Ramadhan 20
Sekarang ini di office Aq tengah rata-rata tengah gian Scrabble. Semua ingin menjadi juara.

p/s: macam raya pulak apabila bos-bos tiada.

2009/09/09

09.09.09

Ramadhan 19

09.09.09

Pertama ulang tahun adik Aq, Ali D Pyau yang ke 23 tahun.

Allah selamatkan kamu,

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Ali.

Kedua, artis-artis Malaysia sedang sibuk berkempen keselamatan jalanraya MUFORS 090909..

Ketiga, Hari Radio. Maka Aq tengah melayan Xfm. Sebab mereka putarkan lagu daripada tahun 50-an hingga kini. Yang penting semuanya buatan Malaysia. Sila ketik Xfm Kapsul Radio.

Keempat, bos-bos tiada maka boleh meninggikan nada suara pembesar suara komputer di office.

p/s: lucky day.

2009/09/08

Cities I Have Visited

Ramadhan 18


Sehingga kini sejauh ini sahaja langkah Aq mengenal bangsa dan adat resam bangsa lain. Bila lagi berpelunag untuk berjalan-jalan. Kumpul duit $$$$, untuk keluarga juga. Kui kui kui.

p/s: berjalan-jalan sekeluarga, bila eh?

2009/09/07

Sami Yusof - Asma'U Allah

Ramadhan 17


Rahim
Karimun
'Adim
'Alimun
Halim
Hakimun
Matin

Mannan
Rahmaanun
Fattah
Gaffarun
Tawwab
Razzaqun
Syahid

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad
Ya Muslimin shallu alayh

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad
Ya Mu'minn shallu alayh

Latif
Khabirun
Sami'
Basirun
Jalil
Raqibun
Mujib
Ghafuur
Syakuurun
Waduud
Qayuumun
Ra'uuf
Shabuurun
Majid

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad
Ya Muslimin sallu alayh

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad
Ya Mu'mineen shallu alayh

Allahu Akbar Allahu Akbar
La ilaha illa hu
Al Malikul Quddus

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Rahmanul irham da'fana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Ghaffaru ighfir dhunubana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Sattaru ustur 'uyubana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Mu'izu a'izza ummatana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Mujibu ajib du'aana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya latifu ultuf bina

p/s:
Allahu Akbar Allahu Akbar!!!

2009/09/03

1010 Kilometer

Ramadhan 13



Kuntum sudah berjalan sejauh 1010 km. Yeah sudah boleh memecut melebihi 80 km/j. Best best best.

p/s: vroom.

2009/09/02

Mocca: Tales of 10 Years

Ramadhan 12

Mocca kembali ke Shah Alam. Sila ketik Mocca: Tales of 10 Years.

p/s: peminat Mocca boleh kunjunginya.

2009/09/01

New Honda City

Ramadhan 11


Pagi-pagi sampai office, Aq kelihatan Antoy senyum-senyum dan gelak-gelak sambil memandang Aq. Terdetik dalam hati mesti ada benda hendak kenakan Aq.

Lalu Aq memandang meja Aq, §@#¿! Dah agak dah.

By the way, thanks to Antoy, Hint and Myself for this gotcha.

p/s: kuntum
, kumtum.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails