2009/01/21

Vespa

Di sini Aq ingin membebel sedikit mengenali sejarah vespa. Vespa bermaksud lebah dalam bahasa Itali. Di mana generasi kedua pengasas Piaggio, Enrico Piaggio terus menyebut perkataan Sambra Una Vespa” setelah melihat design Vespa. Vespa diilhamkan daripada sebuah pesawat dengan kerjasama Corradino D'Ascanio, perunding model pesawat kemudian ditranformasi kepada sebuah kenderaan yang mudah, ringkas dan boleh diperolehi oleh sesiapa. Frame hadapan bertujuaan menghalang debu di jalanraya. Pada tahun 1945 sebanyak 350,000 unit vespa dihasilkan dan sekitar 1950 1,000,00 di hasilkan dan telah dijual sekitar eropah. Vespa mula popular diserata dunia sekitar tahun 1960 - 1970. Malah kini ada Vespa masih lagi digunakan pada zaman kini. Untuk maklumat lanjut sila lungsuri Vespa Malaysia.
Vespa di atas ini wujud sekitar tahun 1960 lagi. Masa itu Pak Long Aq beli dan memakainya agak lama juga. Dan kemudian dihadiahkan kepada Awrah Atok Lelaki Aq. Masa itu, memang famous sekejap Arwah. Dari kecil lagi Aq, Ali dan Ap sering dibawa ronda-ronda keliling kampung dengan vespa tersebut. Hehehe. Tapi sekitar 1990 tidak digunakan sepenuhnya Arwah guna kenderaan lain sehingga akhir tahun 2008. Sebenarnya keluarga Aq sangat khecewa sedikit apabila melihat vespa Arwah Atok dalam keadaan berkarat. Kerna sudah lama rumah Arwah Atok disewa orang lain.
Kini vespa itu menjadi hak milik Ali. Hadiah daripada Arwah Atok Lelaki. Hehehe. Ali telah mengularkan kos daripada gajinya bagi memulihkan vespa ini. Lama juga dibengkel hampir 2 hingga 3 minggu. Setelah keluar daripada bengkel. Wah kagum Aq dengan vespa Ali. Pakcik-pakcik juga kagum dengan berubahan drastik. Sebenarnya sudah lama hendak menulis pasal vespa Ali ini. Kini vespa Ali kini famous di sekitar UPM kerna Ali menuntut ilmu disana.

p/s: Hargai benda yang kita sayang.

11 ulasan:

Hint PerihaL berkata...

Punya la berjanggut aku tgk ali nak wat kombinasi kaler..kaler ini akhirnya jadi pojaan =]

yeap..hargainya..nnt aku nak try pau atok aku punya honda 50.nk try jgk buat. tp segan nak mintak.haih.

:+:+: Ashikyn :+:+: berkata...

wah2! ade lagi vespa tu? ingtkan dah takde.Teringat banyak kenangan ble tengok vespa lame tu. Hope Ali jage vespa tu so bley pass on ke generasi len lagi.hehe...

en_me berkata...

me teringat dulu 1st time tunggang vespa cekgu me, tergolek terbongkang kat sekolah.. sbb enjin vespa kat belah kiri jd berat sebelah gittewww.. ehehe, maner me tauuu one uoolssss

shandye. berkata...

teringat kisah lama abah aku yg ada vespa kaler hijau katak hijau all the way back kat klantan tuh...

abah aku bawak vespa tu pgi kedai depan rumah jewr... takleh bawak jauh2... sayang tayar katanya...

hehe...

Yazid Husain berkata...

to hint

he he he. sudah lama hendak post akan tetapi banyak issue lain yang lain ingin di bincangkan.

to ashikyn

he he he. wujud lagi pak ngah bukan main lagi naik vespa. mungkin banyak nostagianya. he he he.

hope also ali dapat jaga dengan baik sekali

to en me

he he he. haah. berat sebelah vespa ini. tak sangka dapat mengimbau kenangan lama.

to inchek shandye

he he he. sungguh nostagia. ali bawa ke upm dari batu pahat. di melaka ali konvoi bersama dengan vespa yang lain. cool

Tanpa Nama berkata...

Happy Wednesday! Bloghoppin' here... Hey, I have an interesting tutorial for you that I have written myself. It is about adding Adsense on your Single Post in XML template. I hope you'll like it! God Bless you!

- j o h a r i - berkata...

oh..
vespa mmg satu kenderaan yg byk nostalgianya..
tanya saja pada fa, ape yg terjadi pada vespa pengangkat sampah di skool kita dulu..

Yana Ismail berkata...

huhu..suka tgk vespa!comell..;)

Yazid Husain berkata...

to hapi

thanks for tour information

to johari

memang banyak nostagi yang berlaku jika cerita tentang vespa

to princess liyana

sukanya?

izzati fuad berkata...

er...ada vespa pengangkut sampah? hehe

and btw, yea..yang kita ada, sayangilah ia.. :)

Yazid Husain berkata...

hehehe

tak sangka sungguh nastogik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails